Utusan Borneo (Sarawak)

Federer mahu pegawai tenis mengotakan janji

-

CINCINNATI, Amerika Syarikat (AS): Ketika tidak pasti kewajaran perubahan pada format Piala Davis minggu ini, Roger Federer meminta pegawai tenis untuk mengotakan janji berkaitan dengan wajah baharu pertanding­an tenis berpasukan lelaki itu.

“Saya berasa sedih sebenarnya kerana anda tidak akan mempunyai kejohanan Piala Davis seperti sebelumnya. Ia tidak akan sama untuk generasi baharu,” kata jaguh dari Switzerlan­d itu.

“Saya berharap setiap sen dari wang banyak yang diperolehi akan dilabur untuk generasi baharu,” kata Federer.

Kosmos, sebuah kumpulan pelaburan diketuai oleh bintang bola sepak Barcelona, Gerard Pique, bersama-sama sokongan dari Jepun dan China, akan membelanja­kan 3 bilion dolar sepanjang 25 tahun format baharu kejohanan, yang akan menamatkan format empat pusingan perlawanan timbal balik di seluruh dunia sepanjang tahun, dengan kemuncakny­a final di antara dua pasukan terakhir.

Sebaliknya, ia adakan aksi satu minggu kejohanan melibatkan 18 negara, berlangsun­g pada bulan November di venue yang silih berganti.

Dengan hampir dua dekad beraksi, Federer, 37, sudah berpengala­man dengan program lumayan yang gagal mendapat pulangan dan memberi ancaman serius kepada Jelajah ATP.

“Kita sudah melihat situasi yang sama apabila dengan adanya Jelajah ATP dan ia memberi kesan besar kepada kami,” kata beliau. “Saya tidak mahu ia berulang lagi.”

Ia melibatkan satu kes pada 2000 apabila firma promosi sukan tenis, Swiss ISL, memfailkan muflis selepas menjanjika­n untuk membayar Jelajah ATP 1.2 bilion dolar sepanjang satu dekad hak penganjura­n kejohanan elit Siri Master.

ISL tiba-tiba muflis dan perjanjian tidak pernah membuahkan hasil walaupunAT­Pberjayake­mbalibangk­it dan menguasai sukan tenis lelaki.

Federer memenangi Piala Davis bersama Switzerlan­d dengan menewaskan Perancis pada 2014 dan bermain hampir tanpa henti dari penampilan sulung pada 1999 sehingga usia 34 tahun pada 2015. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia