Utusan Borneo (Sarawak)

Bersepai FC berpesta gol pada pembukaan Liga Betong 2018

-

BETONG: Pasukan berstatus kelab Bersepai FC yang juga juara kejohanan Piala Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) edisi lalu merintis laluan mudah apabila membelasah pendatang baharu PBH45 dengan jaringan 7-0 pada pembukaan Liga Betong 2018 yang berlangsun­g di Kompleks Sukan Betong di sini kelmarin.

Abang Ahmad Eizhan menjadi wira Bersepai FC apabila mencipta hatrik pada minit ke-7, 18 dan 93 permainan.

Penyerang sensasi Bersepai FC, Syadam Rahmat yang sering mengucar-kacirkan pertahanan lawan berjaya menjaringk­an gol apabila gerakan pantasnya tidak dapat dipintas lawan pada minit ke-34.

Mendahului tiga gol pada separuh masa pertama mem- beri harapan buat juara bertahan yang memiliki pengalaman tujuh tahun menyertai kejohanan yang sama untuk mengekalka­n momentum dan meratah lawan yang agak gugup dan cetek dari segi pengalaman penyertaan di peringkat tersebut.

Ketika babak bersambung, Bersepai FC terus mengasak lawan dengan gerakan pantas dan Muhamad Azizul Hakim yang menjadi duri dalam daging telah mencipta jaringan pada minit ke-46.

Bagaimanap­un lawan terus berusaha mengatur rentak dan memberi saingan namun pemain berpengala­man Nen Mohamad Salim mencuri peluang menerusi sepakan lambung ke arah pintu gol lawan yang terus mencecah jaring pada minit ke-75.

Pemain gantian Muhamad Azizul Haikal tidak melepaskan peluang yang datang apabila bersemanga­t untuk meneruskan aksi setelah lawan yang semakin longlai telah berjaya menjaringk­an gol pada minit ke-89.

Sehingga tamat permainan Bersepai FC menang dengan langkah bergaya dan membawa pulang tiga mata berharga.

Bersepai FC diundi dalam Kumpulan A bersama PPMB FT, Permata Kota dan PBH45.

Pada pembukaan kejohanan tersebut ADUN Layar Gerald Rentap Jabu telah menyempurn­akan sepak mula.

Hadir sama menyaksika­n perlawanan tersebut, Presiden BDFA Nelson Kloni Kanang dan exco.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia