Utusan Borneo (Sarawak)

Rentap merasmikan Liga Betong dan Piala Timbalan Ketua Menteri 1

-

BETONG: ADUN Layar Gerald Rentap Jabu hadir merasmikan kejohanan bola sepak Liga Betong dan Piala Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) yang berlangsun­g di Kompleks Sukan Betong dekat sini kelmarin.

Kejohanan berprestij di bahagian Betong ini memasuki edisi ke-20, disertai sembilan pasukan yang bakal merebut hadiah keseluruha­n wang tunai berjumlah RM14,300 di samping piala pusingan dan hadiah iringan yang lain.

Penganjura­n kejohanan ini memberi kekuatan kepada Persatuan Bolasepak Bahagian Betong ( BDFA) bagi memenuhi aspirasi dan keunggulan kejohanan sekali gus menjadikan mereka badan induk yang kukuh menjayakan kejohanan setiap tahun.

Pada masa yang sama, Rentap yang juga antara penyumbang dana BDFA sentiasa berharap persatuan tersebut akan menjadi penyumbang kepada pembanguna­n bola sepak di negeri ini dengan melahirkan ramai bakat baharu yang boleh diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

Beliau percaya badan induk sukan bola sepak di bahagian Betong itu, akan memberi inspirasi buat pemain dan pasukan yang mempunyai barisan pemain sedia ada untuk terus mendorong mereka meneruskan latihan dan menyertai kejohanan dalam usaha menganjurk­an kejohanan terbabit.

Sementara itu, Presiden BDFA Nelson Kloni Kanang begitu yakin bahawa pihaknya berjaya membantu pemain muda mengetenga­hkan bakat masing-masing dalam sukan bola sepak.

“Inilah impian kita yang ingin melihat belia yang berminat dalam bidang sukan ini terus berjaya dilahirkan dan memberi peluang untuk mereka aktif.

“Sumbangan dana daripada wakil rakyat di kawasan Betong yang merangkumi dari kawasan Betong, Spaoh, Debak, Pusa, Beladin, Maludam, Saratok sehingga ke Kabong adalah dialu-alukan dalam memberi semangat dan pengurusan yang lebih fokus dan terjamin,” ujarnya.

Sepak mula kejohanan disempurna­kan Rentap sebelum aksi bermula sekali gus menyaksika­n perlawanan pertama kumpulan B yang mempertemu­kan pasukan Bersepai FC menentang PBH 45.

 ??  ?? BERMULA: Rentap melakukan sepak mula kejohanan Liga Betong 2018.
BERMULA: Rentap melakukan sepak mula kejohanan Liga Betong 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia