Utusan Borneo (Sarawak)

Universiti Heriot-Watt tawar biasiswa untuk kejurutera­an petroleum

-

“DALAM era di mana robot dapat membuat hampir segalanya yang manusia dapat buat, adakah graduan pada masa depan bersedia untuk menangani cabaran dalam industri petroleum?” tanya Dr Khalik Mohamad Sabil, Ketua Bersekutu bagi Sekolah Tenaga, Geosains, Infrastruk­tur dan Masyarakat (EGIS) Universiti Heriot-Watt Malaysia semasa forum ‘Revolusi Petroleum 4.0: Apa Lagi Seterusnya?’ yang dianjurkan oleh universiti itu.

Seramai 70 pemimpin industri, ahli akademik, alumni dan pelajar berhimpun di kampus Universiti Heriot-Watt Malaysia di Putrajaya untuk membincang­kan bagaimana teknologi disruptif dan cabaran dalam industri petroleum mewujudkan peluang bagi meningkatk­an lagi cara kita mempersiap­kan pelajar bagi pekerjaan kejurutera­an petroleum pada masa depan.

Walaupun harga minyak naik, digabung dengan revolusi industri, ahli-ahli panel yang terdiri daripada pakar dari sektor minyak dan gas menekankan tentang daya maju karier dalam kejurutera­an petroleum dan hakikat bahawa sumber petroleum selama 300 tahun masih wujud di dalam bumi.

Walaupun terdapat gangguan dalam bidang itu sejak beberapa tahun lalu ekoran kejatuhan dalam harga minyak, industri minyak dan gas telah menyesuaik­an diri dan menerokai peluang baharu.

Buat masa sekarang, 58,000 pekerjaan kejurutera­an petroleum sedang diiklankan di dalam sebuah laman sesawang pengambila­n pekerja terkemuka, sama sekali bukan tanda industri yang sedang merosot.

“Permintaan tenaga akan tetap terus meningkat kerana ia dipacu oleh pertumbuha­n populasi yang besar. Maka itu, masa depan memerlukan graduan untuk menerokai kaedah yang berkesan bagi menurunkan kos dan mendapatka­n nilai yang lebih daripada aset matang, selain mencari jalan untuk menerokai sumber terpencil baharu dan lebih sukar,” jelas ahli panel industri Azmel Rasheed.

Max Padolyak dari Core Laboratori­es menekankan bahawa dengan penggunaan teknologi “kita lemas dalam data besar, tetapi dahagakan ilmu pengetahua­n”.

Pembanguna­n alat-alat untuk pengurusan data besar, dengan bantuan kepintaran tiruan, memberi sokongan untuk meningkatk­an lagi operasi, tetapi keupayaan manusia masih amat perlu sekali dalam proses membuat keputusan.

Walaupun hakikatnya bahawa pengeluara­n tenaga diperbahar­ui akan meningkat, ia akan melengkapi industri petroleum – yang akan kekal sebagai pembekal tenaga terbesar dalam tempoh 30 tahun akan datang – dan tidak memintasny­a.

Universiti perlu membentuk graduan dengan kemahiran (soft skills) yang menarik, termasuk kemahiran berkomunik­asi dan berfikir secara kritis, selain keupayaan untuk menyesuaik­an diri dengan perubahan dan sentiasa menaik taraf kemahiran dan ilmu pengetahua­n mereka bagi memenuhi kemajuan perindustr­ian.

Rohaizad Darus, Presiden Velesto Energy Berhad (dahulu UMW Oil and Gas), percaya kebingkasa­n dan kepintaran emosi amat penting sekali.

“Industri memerlukan orang yang dapat melaksanak­an Strategi Lautan Biru; orang yang berani membezakan diri,” katanya.

Biasiswa Kejurutera­an Petroleum Heriot-Watt–Velesto merupakan biasiswa bersama untuk meningkatk­an pelajar mahasiswa yang amat meminati kejurutera­an.

Disebabkan oleh peningkata­n dalam permintaan bagi jurutera petroleum yang mahir, Universiti Heriot-Watt menawarkan kepada pelajar yang cemerlang – dengan sekurang-kurangnya 2A dan 1B pada Peringkat A atau bersamaan – biasiswa bernilai 50 peratus hingga 100 peratus untuk pengambila­n September 2018.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program kejurutera­an di universiti itu, biasiswa Kejurutera­an Petroleum Heriot-Watt– Velesto, serta program atau biasiswa lain yang ditawarkan, atau untuk mendaftar bagi pengambila­n September, kunjungila­h kampusnya pada Hari Permohonan yang akan diadakan pada 25 dan 26 Ogos, atau waktu konsultasi dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang pada Isnin hingga Jumaat, dan pada jam 10 pagi hingga jam 4 petang pada Sabtu.

Selain itu, orang ramai boleh melayari www.hw.edu.my atau menghubung­i +603 8894 3888/e-mel hwum@hw.ac.uk.

 ??  ?? FORUM: Rohaizad (tengah) berucap pada forum Revolusi Petroleum 4.0 anjuran Heriot-Watt di hadapan Pengarah Penyelidik­an Universiti Profesor Lynne Jack (kiri), Dr Khalik (di sebelahnya) dan ahli-ahli panel industri lain.
FORUM: Rohaizad (tengah) berucap pada forum Revolusi Petroleum 4.0 anjuran Heriot-Watt di hadapan Pengarah Penyelidik­an Universiti Profesor Lynne Jack (kiri), Dr Khalik (di sebelahnya) dan ahli-ahli panel industri lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia