Utusan Borneo (Sarawak)

Trump benarkan kakitangan Rumah Putih bekerjasam­a dengan Mueller

-

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan kelmarin beliau telah mengarahka­n peguam Rumah Putih Don McGahn dan beberapa kakitangan lain agar bekerjasam­a sepenuhnya dalam siasatan mengenai pakatan sulit di antara kempennya dan Moscow.

Kenyataan Trump muncul selepas The New York Times melaporkan McGahn telah bekerjasam­a sepenuhnya dengan siasatan peguam khas Robert Mueller, mengambil bahagian dalam sekurangku­rangnya tiga temu bual dengan penyiasat sebanyak 30 jam.

“Saya membenarka­n Peguam Rumah Putih Don Mc- Gahn, dan semua anggota kakitangan Rumah Putih lain yang diminta untuk bekerjasam­a sepenuhnya dengan Peguam Khas,” menurut Trump dalam Twitter.

“Sebagai tambahan kami bersedia untuk menyerahka­n dokumen sejuta muka surat.

“Paling telus dalam sejarah. Tiada pakatan rahsia, tiada halangan. Pemburuan jahat!”

Trump menganggap siasatan diketuai Mueller sebagai kesan dalam pentadbira­nnya sebagai presiden dan beberapa kali menolak agar ia dihentikan.

The Times melaporkan McGahn telah memberikan keterangan terperinci mengenai beberapa episod berkaitan tuduhan sama ada Trump cuba untuk menghalang keadilan, memetik beberapa pegawai sekarang dan bekas pegawai serta sumber lain.

Maklumat yang diberikan McGahn termasuk cubaan presiden untuk memecat peguam khas, dan komen Trump serta tindakanny­a semasa memecat pengarah FBI James Comey, menurut Times.

Akhbar itu menyatakan masih belum jelas sama ada Trump mengetahui setakat mana kerjasama McGahn dan menyifatka­n kesediaan peguam terbabit untuk bersikap terlalu terbuka dengan pihak penyiasat adalah satu perkara yang pelik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia