Utusan Borneo (Sarawak)

Angka korban banjir terburuk India hampiri 400

-

KOCHI: Angka kematian akibat banjir terburuk yang melanda wilayah Kerala di India dalam tempoh satu abad telah meningkat kepada 357 orang, menurut pihak berkuasa semalam, dengan kerugian infrastruk­tur dianggarka­n kira-kira AS$3 bilion.

Kawasan tumpuan pelanconga­n yang mempersona­kan telah dilanda hujan lebat monsun sejak hujung Mei lepas, menyebabka­n tanah runtuh dan banjir kilat yang menenggela­mkan seluruh kampung.

“Sejak 29 Mei lpas, ketika monsun bermula di Kerala, seramai 357 telah kehilangan nyawa mereka sehingga sekarang,” menurut kenyataan daripada pegawai maklumat negara, dengan 33 maut dalam tempoh 24 jam.

Kira- kira 353,000 orang berlindung di 3,026 kem penempatan ketika ribuan anggota tentera, tentera laut dan udara bergegas membantu mereka yang masih terkandas.

Jalan raya dan 134 jam- batan telah mengalami kerosakan, mengasingk­an kawasan terpencil di daerah pergununga­n yang lebih teruk terjejas.

Penduduk yang berada dalam keadaan panik membuat rayuan dalam media sosial bagi bantuan, menyatakan mereka tidak dapat menghubung­i perkhidmat­an penyelamat.

“Menurut anggaran awal kerugian Kerala akibat banjir adalah 19,512 crore rupee ($2.9 bilion).

“Kerugian sebenar boleh dianggarka­n hanya selepas air surut,” menurut kenyataan tersebut.

Ketua menteri menyeru pembiayaan lebih banyak termasuk 20 helikopter dan 600 bot bermotor bagi memperting­katkan usaha menyelamat.

Perdana Menteri India Narendra Modi melancarka­n lawatan pemeriksaa­n udara seketika ke atas wilayah tersebut kelmarin dan mengumumka­n geran segera AS$75 juta. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PILU: Seorang wanita menangis sambil memeluk anaknya sejurus dipindahka­n dari kawasan banjir di Aluva, negeri selatan Kerala kelmarin.
— Gambar Reuters PILU: Seorang wanita menangis sambil memeluk anaknya sejurus dipindahka­n dari kawasan banjir di Aluva, negeri selatan Kerala kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia