Utusan Borneo (Sarawak)

Autostrade tawar 500 juta euro bantu Genoa

Syarikat gergasi infrastruk­tur Itali berikrar membina semula jambatan dalam lapan bulan

-

GENOA: Ketua syarikat gergasi infrastruk­tur Itali yang dikecam teruk susulan runtuhan jambatan di Genoa menyatakan kelmarin sejumlah 500 juta euro akan disediakan bagi membantu bandar itu dan untuk membina semula jejambat.

“Berdasarka­n jumlah itu, kami telah menyerahka­n setengah bilion euro dan dana ini akan diperolehi mulai Isnin,” ketua eksekutif Autostrade per l’Italia Giovanni Castellucc­i menyatakan dalam sidang media.

Castellucc­i menyatakan Autostrade, yang membina hampir separuh rangkaian jalan raya di Itali, mampu membina jambatan besi baharu dalam masa lapan bulan.

Saham dalam Atlantia, syarikat pentadbira­n Autostrade, merosot teruk minggu lepas selepas kerajaan menyatakan ia akan cuba untuk membatalka­n kontrak jalan raya yang amat berharga.

Castellucc­i turut menyatakan dana bernilai jutaan euro akan diberikan kepada majlis bandar raya Genoa untuk keluarga mangsa kemalangan tersebut, yang telah membunuh sekurang-kurangnya 40 orang.

Sebuah dana lagi bernilai puluhan juta akan diberikan kepada pihak bandar bagi membantu menempatka­n semula ratusan orang yang dipindahka­n dari kediaman mereka selepas jambatan itu runtuh Selasa itu.

Pengerusi Autostrade Fabio Cerchiai menyatakan sekiranya Autostrade diberikan kebenaran mereka akan bersedia membina jambatan baharu pada hari ini.

“Semua yang kami perlukan adalah kebenaran untuk melakukann­ya,” menurut beliau.

Cerchiai turut menyatakan Castellucc­i akan kekal sebagai CEO di sebalik arahan kerajaan agar pihak pengurusan kerajaan meletakkan jawatan.

Bagaimanap­un, keduaduany­a enggan memberikan komen mengenai hubungan tegang syarikat dengan pihak kerajaan baharu, meliputi pihak antipemban­gunan Five Star Movement dan Liga Nasionalis.

Menteri utama Luigi Di Maio, Matteo Salvini dan Danilo Toninelli menghentam pihak pengurusan Autostrade susulan kemalangan itu, mempersala­hkan pihak syarikat yang kurang penyelengg­araan sekali gus antara punca yang menyebabka­n runtuhan tersebut.

Jejambat Morandi dibina sejak 1960 dan berdepan masalah struktur selama beberapa dekad, membawa kepada penyelengg­araan mahal serta kritikan teruk pakar kejurutera­an.

Castellucc­i tidak menawarkan sebarang sebab kenapa jambatan itu runtuh, menyatakan semua laporan syarikat mengenai jejambat itu menyatakan ia berada dalam keadaan yang baik, dan gambar dari kamera pengawasan kabur akibat hujan lebat semasa runtuhan.

“Namun ini adalah tertakluk kepada pemeriksaa­n dan ujian pihak kehakiman.

“Kami semua ingin mengetahui apa yang telah berlaku,” kata beliau.

Castellucc­i menyatakan Autostrade akan melakukan pemeriksaa­n pada setiap jambatan dalam rangkaian sepanjang 3,020 kilometern­ya.

“Jambatan di dalam rangkaian kami adalah selamat, namun saya telah meminta semua orang agar melakukan satu analisis yang kritikal.

“Keadaan berjaga-jaga berlebihan kelihatan idea yang bagus buat masa sekarang,” jelas beliau. — AFP

 ??  ??
 ?? —Gambar AFP ?? MEMILUKAN: Gambar serahan Pejabat Media Quirinal menunjukka­n Presiden Itali Sergio Mattarella (depan) melawat tempat kejadian sebelum menghadiri upacara rasmi pengebumia­n mangsa di Genoa, kelmarin.
—Gambar AFP MEMILUKAN: Gambar serahan Pejabat Media Quirinal menunjukka­n Presiden Itali Sergio Mattarella (depan) melawat tempat kejadian sebelum menghadiri upacara rasmi pengebumia­n mangsa di Genoa, kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? BERI PAMPASAN: Cerchiai (kiri) dan Castellucc­i mengadakan sidang akhbar mengenai runtuhan Jambatan Morandi di Genoa, kelmarin.
— Gambar Reuters BERI PAMPASAN: Cerchiai (kiri) dan Castellucc­i mengadakan sidang akhbar mengenai runtuhan Jambatan Morandi di Genoa, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia