Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 2 juta tunai haji di Mekah

Arab Saudi kerah sumber, aplikasi pintar untuk ibadah enam hari

-

MEKAH: Lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia semalam memulakan ibadah haji di kota suci Mekah di Arab Saudi dalam perhimpuna­n tahunan terbesar di dunia.

Kerajaan ultra-konservati­f itu yang menjalani reformasi sosial dan ekonomi yang dramatik, telah mengerah sumber yang banyak untuk ibadah enam hari itu, salah satu Rukun Islam.

“Sudah menjadi impian setiap Muslim untuk menunaikan haji di Mekah.

“Inilah perjalanan mutlak. Saya khuatir akan kembali kepada kehidupan normal kerana buat masa sekarang, saya bagaikan sedang bermimpi,” kata jemaah dari Perancis Soliman Ben Mohri, 53.

Setiap orang Islam perlu menunaikan ibadah haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, jika mampu.

Puluhan ribu kakitangan keselamata­n dikerahkan sepanjang tempoh haji yang pernah menyaksika­n tragedi terburukny­a tiga tahun lalu apabila kira-kira 2,300 jemaah maut dalam rempuhan.

Tahun ini, Arab Saudi melancarka­n inisiatif ‘Haji Pintar’, dengan aplikasi untuk membantu jemaah dalam segenap aspek termasuk jadual perjalanan dan penjagaan perubatan.

Kementeria­n Dalam Neg- eri berkata kelmarin bahawa jumlah jemaah yang tiba di Mekah sudah melepasi angka dua juta, kebanyakan­nya dari luar termasuk kontinjen ebsar di Mesir, India, Pakistan dan Bangladesh.

Kebanyakan jemaah mulai bergerak semalam dari Mekah ke lembah Mina berhampira­n di mana mereka akan bermalam dalam khemah kalis api.

Ribuan bas dan kenderaan membaw jemaah membarisi jalan sepanjang lapan kilometer dari Mekah ke Mina.

Namun ramai juga jemaah memilih untuk berjalan kaki di bawah pancaran terik matahari.

Hari ini jemaah akan mendaki Gunung Arafah untuk kemuncak ibadah, berdoa dan membaca kitab suci al-Quran. Nabi Muhammad S.A.W menyampaik­an khutbah terakhir baginda dari Gunung Arafah di hadapan umat Islam yang mengiringi­nya pada pelaksanaa­n haji terakhir baginda, menurut sirah Islam.

Selepas matahari terbenam, jemaah akan berziarah ke Muzdalifah, separuh jalan antara Arafah dan Mina, di mana mereka akan bermalam sekurang-kurangnya hingga tengah malam.

Mereka mengutip batu kerikil untuk melaksanak­an upacara simbolik melontar syaitan pada ambang sambutan Aidiladha yang menandakan berakhirny­a ibadah haji.

Ibadah haji tahun ini menyaksika­n perubahan tidak pernah dilaksanak­an kerajaan kaya minyak itu, termasuk pemansuhan larangan ke atas pemandu wanita.

Tatkala jurukempen hak asasi mengalu-alukan rombakan itu, mereka turut menyuaraka­n kecaman terhadap usaha membantera­s penentang kerajaan.

Meskipun pemimpin muda Arab Saudi Putera Mahkota Mohammed bin Salman telah memulakan rombakan, agama masih memainkan peranan penting dalam kerajaan.

 ?? — Gambar AFP ?? DIBANTU: Seorang penterjema­h membantu jemaah memahami maklumat pada poster memaparkan aplikasi telefon pintar di Mekah menjelang permulaan ibadah haji, kelmarin. Pasukan penterjema­h menyediaka­n perkhidmat­an 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dalam bahasa Perancis, Inggeris, Parsi, Melayu, Hausa, Turki, Mandarin dan Urdu yang merupakan bahasa-bahasa utama jemaah haji.
— Gambar AFP DIBANTU: Seorang penterjema­h membantu jemaah memahami maklumat pada poster memaparkan aplikasi telefon pintar di Mekah menjelang permulaan ibadah haji, kelmarin. Pasukan penterjema­h menyediaka­n perkhidmat­an 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dalam bahasa Perancis, Inggeris, Parsi, Melayu, Hausa, Turki, Mandarin dan Urdu yang merupakan bahasa-bahasa utama jemaah haji.
 ?? — Gambar AFP ?? BERDUYUN-DUYUN: Jemaah haji dari seluruh dunia telah membanjiri kota suci Mekah kelmarin menjelang permulaan ibadah haji tahunan.
— Gambar AFP BERDUYUN-DUYUN: Jemaah haji dari seluruh dunia telah membanjiri kota suci Mekah kelmarin menjelang permulaan ibadah haji tahunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia