Utusan Borneo (Sarawak)

Biasiswa Gamuda bina masa depan belia Sabah, Sarawak Tahun ini 34 disenarai sebagai penerima biasiswa lebih RM3.1 juta

-

KUALA LUMPUR: Dalam usaha meningkatk­an lagi kehidupan siswazah dari Sabah dan Sarawak, syarikat kejurutera­an, hartanah dan infrastruk­tur tempatan Gamuda Berhad menawarkan Biasiswa Gamuda kepada pelajar terpilih yang berjaya melanjutka­n pengajian peringkat sarjana muda.

Biasiswa Gamuda ini merupakan satu inisiatif di bawah Yayasan Gamuda dengan lebih daripada 340 biasiswa bernilai hampir RM40 juta telah dianugerah­kan antara tahun 1996 sehinggala­h 2017.

Pada tahun ini, sebanyak 1,800 permohonan telah diterima dan daripada jumlah itu, Gamuda menyenarai­kan 34 penerima dengan biasiswa bernilai lebih RM3.1 juta.

Pengerusi Gamuda Bhd Datuk Mohammed Hussein berkata, anugerah Biasiswa Gamuda dilihat sebagai komitmen jangka panjang dalam menggalakk­an pertumbuha­n negara dan memperkasa­kan golongan profesiona­l.

Bagi salah seorang penerima Biasiswa Gamuda Sararossy Sungki Anthony yang berasal dari Song, Kapit berharap kerjayanya dalam kejurutera­an nanti boleh membawa kemajuan dan pembanguna­n ke kampungnya.

“Di Song, kebanyakan orang kampung hanya bekerja sebagai petani dan nelayan, tidak banyak kemajuan yang terdapat di sana. Suatu hari nanti saya harap dapat mengubah semua itu.

Jika dilihat keadaan kampung halaman saya, kami tidak mempunyai jalan yang sepatutnya, tidak ada bangunan tinggi, tidak ada tanda-tanda pembanguna­n dan kemajuan. Itulah sebabnya saya bercita- cita menjadi seorang jurutera awam sekali gus membawa kemajuan ke kampung saya,” kata Sararossy.

Berlainan pula kisahnya dengan Tan Kwan Yee yang berasal dari Sibu. Beliau memohon Biasiswa Gamuda untuk meneruskan pelajarann­ya dalam bidang kejurutera­an awam di Universiti Nottingham, Malaysia.

“Saya mahu belajar di United Kingdom tetapi atas masalah kewangan ibu bapa saya tidak mampu untuk menaja pengajian saya di luar negara,” katanya.

“Dengan adanya biasiswa ini dapat membantu saya memilih universiti yang terbaik seterusnya mendapatka­n ijazah dari United Kingdom. Pada pendapat saya, ijazah dari United Kingdom sangat membantu kerana banyak kejurutera­an dan inovasi tempatan kami dipengaruh­i oleh negara mereka,” katanya.

 ??  ?? BERCITA-CITA TINGGI: Pengerusi Gamuda Bhd Datuk Mohammed Hussein (kiri) bercakap dengan Tan dan Sararossy mengenai rancangan masa depan mereka. Tan dan Sararossy adalah antara 34 penerima Anugerah Biasiswa Gamuda 2018.
BERCITA-CITA TINGGI: Pengerusi Gamuda Bhd Datuk Mohammed Hussein (kiri) bercakap dengan Tan dan Sararossy mengenai rancangan masa depan mereka. Tan dan Sararossy adalah antara 34 penerima Anugerah Biasiswa Gamuda 2018.
 ??  ?? PERPADUAN: Kempen ‘Cerita Kita’ yang bertemakan perpaduan dan keharmonia­n dilihat melalui kaca mata kanak-kanak.
PERPADUAN: Kempen ‘Cerita Kita’ yang bertemakan perpaduan dan keharmonia­n dilihat melalui kaca mata kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia