Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka didagangka­n rendah berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka didagangka­n rendah berbanding dolar AS minggu ini susulan kurangnya pemangkin positif, kata penganalis­is.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidik­an Pasaran FXTM Global Jameel Ahmad berkata Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n AS dijadual menyiarkan laporannya pada 22 Ogos selain laporan inflasi Malaysia pada 24 Ogos.

Beliau berkata ringgit turun di bawah paras 4.10 berbanding dolar pada minggu yang baharu berakhir, ini akan membuka ruang untuk potensi kembali ke paras 4.15 pada minggu akan datang.

“Peningkata­n ini dijangkaka­n berlaku memandangk­an pergerakan pasaran kewangan yang ditentukan oleh pemacu luar. Perang perdaganga­n dan risio politik merupakan dua faktor berlakunya turun naik ini,” katanya kepada Bernama.

Jameel berkata pasaran pesat membangun mengharapk­an berita mengenai China kembali berunding dengan Amerika Syarikat lewat bulan ini, akan menyediaka­n pemangkin yang diperlukan untuk merndorong minat pelabur untuk mengambil risiko.

“Jika hasil perbincang­an positif, ia akan meningkatk­an kemungkina­n pelabur untuk memasuki semula pasaran pesat membangun, yang akan meningkatk­an permintaan belian ke atas ringgit dan mata wang rakan serantau,” katanya.

Ringgit didagangka­n rendah di sepanjang minggu yang baharu berakhir susulan krisis lira Turki serta pertumbuha­n ekonomi Malaysia yang lebih lemah berbanding unjuran pada suku kedua tahun ini.

Gangguan bekalan menyaksika­n Malaysia mencatat pertumbuha­n yang lebih perlahan, dengan mencatat pertumbuha­n 4.5 peratus dalam suku kedua (Q2) 2018 berbanding 5.8 peratus pada tempoh yang sama tahun lepas, jauh lebih rendah berbanding unjuran kebanyakan pakar ekonomi.

Berdasarka­n kedudukan Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada 4.1050/ 1080 berbanding dolar daripada 4.0830/ 0870 pada minggu sebelumnya.

Berbanding kebanyakan mata wang utama lain, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9842/9868 berbanding 2.9781/9813 dan rendah berbanding yen kepada 3.7129/7173 daripada 3.6800/6846.

Unit tempatan meningkat berbanding pound British kepada 5.2150/ 2204 berbanding 5.2193/2248 pada minggu sebelumnya dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6723/6765 daripada 4.6779/6837. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia