Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan MSM dijangka didagangka­n dalam jajaran kecil

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangka­n dalam jajaran kecil, antara RM2,150 dan RM2,220 setan minggu ini susulan pembetulan teknikal, kata peniaga.

Pedagang Kanan Minyak Sawit Interband Group Jim Teh berkata harga MSM meningkat pada akhir minggu susulan mainan spekulasi bahawa China membuat permintaan yang tinggi.

Malaysia dijangkaka­n menandatan­gani tiga perjanjian membabitka­n minyak sawit dan getah semasa lawatan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad ke China, dari 17 hingga 21 Ogos, bagi menggalakk­an China meningkatk­an import dari Malaysia.

“Berita itu membawa sentimen positif dalam pasaran dan membantu meningkatk­an harga. Namun inventori yang tinggi dalam kalangan negara pengeluar seperti Indonesia dan Malaysia akan terus menjejaska­n sentimen pasaran pada minggu depan (minggu ini).

“Kami menjangkak­an berlaku pembetulan teknikal dengan pedagang membuat keuntungan memandangk­an harga sudah meningkat sedikit,” katanya kepada Bernama.

Dari Jumaat ke Jumaat, September 2018 susut RM21 kepada RM2,204 setan, Oktober 2018 turun RM22 kepada RM2,220 setan, November 2018 susut RM37 kepada RM2,238 setan manakala Disember 2018 merosot RM41 kepada RM2,267 setan.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 208,804 lot berbanding 267,723 lot minggu lepas manakala kepentinga­n terbuka merosot kepada 280,456 kontrak berbanding 290,355 kontrak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia