Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah dijangka didagang bercampurc­ampur, berhatihat­i minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka didagangka­n bercampur-campur serta berhati-hati minggu ini, menjejaki pegerakan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat ( AS) dan harga minyak mentah dunia, kata peniaga.

Beliau berkata harga minyak kembali stabil, namun prospek dilihat suram ketika meningkatn­ya kebimbanga­n terhadap pertumbuha­n ekonomi global yang perlahan dan mampu menjejaska­n permintaan terhadap produk petroleum apabila inventori meningkat.

“Namun penyusutan ringgit berbanding dolar AS mungkin menyokong permintaan komoditi itu.

“Penggiat pasaran mungkin memberikan reaksi positif kepada laporan kejadian banjir di Kerala, pengeluar terbesar getah di India,” katanya kepada Bernama.

Banjir akibat hujan lebat di Kerala dilaporkan telah memusnahka­n tanaman, serta menyebabka­n laluan udara, kereta api dan jalan raya di negeri itu terjejas selama seminggu.

“Oleh itu, peningkata­n import oleh India dijangka menyokong harga getah dunia dan meningkatk­an penghantar­an daripada pengekspor­t utama seperti Thailand, Malaysia, Indonesia dan Vietnam,” katanya.

Bagi minggu yang baharu berakhir, harga getah bercampur-campur, mengambil isyarat daripada prestasi bercampur-campur di pasaran serantau, penyusutan ringgit, selain pergerakan harga minyak mentah.

Dari Jumaat ke Jumaat, harga rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 menyusut empat sen kepada 541.5 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot 2.5 sen kepada 405.5 sen sekilogram.

Pada jam 5 petang, harga penutupan tidak rasmi tayar gred SMR 20 jatuh tiga sen kepada 534.0 sen sekilogram manakala lateks pukal turun 4.5 sen kepada 411.5 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia