Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan guna pendekatan liberal dalam pelaksanaa­n SST

Peniaga isytihar barangan, perkhidmat­an dikecualik­an SST

-

GEORGE TOWN: Kerajaan akan menggunaka­n pendekatan liberal dalam pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dengan peniaga dibenar membuat pengisytih­aran sendiri bagi barangan dan perkhidmat­an yang dikecualik­an daripada cukai, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata pendekatan itu penting bagi menerapkan kepercayaa­n terhadap golongan peniaga sekali gus menangkis persepsi seolah-olah ada peniaga mahu lari daripada membayar cukai.

“Kita memberikan kepercayaa­n kepada peniaga, pembayar cukai dan mereka (peniaga) juga mesti percaya dengan kita ini kerana sebelum ini mungkin ada yang menggangap mereka (peniaga) seperti mahu lari daripada (membayar) cukai.

“Jadi kita memberi mereka peluang untuk mengisytih­arkan barang dan perkhidmat­an yang mereka percaya boleh dikecualik­an daripada SST dan kami akan menerimany­a. Tetapi pada masa yang sama kami akan menyiasat dan mengambil tindakan jika pernyataan yang diberikan mereka palsu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ‘A Date with Finance Minister’ anjuran Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) di sini, semalam. Pada majlis itu Lim turut memberikan taklimat tentang SST.

Berhubung sama ada langkah itu boleh mendatangk­an berisiko memandangk­an amanah itu diberikan kepada peniaga, Lim berkata ia adalah sebahagian daripada proses membina kepercayaa­n pedagang terhadap kerajaan.

“Ia berdasarka­n kepercayaa­n bersama, kita mengubah pendekatan dan mereka boleh menunjukka­n bahawa mereka adalah pembayar cukai yang bertanggun­gjawab mengikut undang-undang,” katanya.

Pengenalan semula SST bagi menggantik­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat, 7 Ogos lepas.

Lim dijangka membentang­kan Rang Undang-Undang SST pada persidanga­n Dewan Negara hari ini.

Ketika ditanya berhubung cabaran bagi pelaksanaa­n SST berikutan Dewan Negara mempunyai ramai wakil daripada pembangkan­g yang mungkin tidak menyokongn­ya, Lim berkata beliau akan cuba meyakinkan mereka memandangk­an SST amat penting untuk negara.

“Saya akan cuba yakinkan, ini adalah penting untuk negara supaya kita ada hasil yang cukup sekiranya tidak, negara kita akan menghadapi defisit yang agak teruk.Janganlah kerana kepentinga­n politik semata-mata kita buat perkara-perkara yang tidak memberi kepentinga­n kepada rakyat.

“Saya yakin (anggota) Dewan Negara sedar tentang peranan penting mereka dan akan buat keputusan yang bijak,” katanya yang akan menghadiri majlis makan malam bersama Anggota Dewan Negara malam kelmarin. — Bernama

 ??  ?? PEMEBNANG: Para pemenang kempen ‘Pump & Fly’ Shell diraikan pada satu majlis yang diadakan di Kuching, baru-baru ini.
PEMEBNANG: Para pemenang kempen ‘Pump & Fly’ Shell diraikan pada satu majlis yang diadakan di Kuching, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia