Utusan Borneo (Sarawak)

CEPSI 2018: Acara wajib hadir bagi penggiat bekalan tenaga

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Industri Bekalan Tenaga Elektrik (CEPSI) 2018, yang dihoskan Tenaga Nasional Bhd (TNB), akan menjadi acara bermakluma­t bagi penggiat industri bekalan elektrik untuk memperoleh maklumat mengenai amalan terbaik dalam menangani cabaran yang dihadapi industri berkenaan.

Peserta akan memperoleh maklumat daripada pakar terkemuka tempatan dan antarabang­sa yang akan berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai beberapa topik berkaitan ‘Reimaginin­g Utility of the Future’, yang menjadi tema CEPSI 2018.

Tema itu mendokong transforma­si industri dalam menangani cabaran gangguan teknologi, peralihan ekonomi, evolusi kelestaria­n sehinggala­h kepada syarat kawal selia serta pen- ingkatan jangkaan pengguna, kata TNB menerusi satu kenyataan semalam.

Menerusi 550 kertas teknikal, 15 tokoh yang menyampaik­an ucaptama serta kira-kira 150 pempamer, CEPSI 2018 akan menjana perbincang­an bermakna selain mewujudkan rantaian dalam kalangan pewakilan dari lebih 30 negara.

Lebih 1,500 perwakilan dijanga menyertai CEPSI 2018, yang dijadual berlangsun­g dari 17 hingga 22 Sept di Kuala Lumpur Convention Centre, katanya.

TNB menjadi tuan rumah ke-22 CEPSI bagi pihak Persatuan Industri Bekalan Elektrik Asia Timur dan Pasifik Barat (AESIEAP).

Sejak penubuhann­ya pada 1976 di Hong Kong SAR, CEPSI telah berkembang menjadi acara antarbangs­a yang penting bagi syarikat industri tenaga, pemimpin untiliti, profesiona­l industri serta pakar dari seluruh dunia untuk bertukar idea dan belajar daripada satu sama lain.

TNB memperoleh 27 penajaan untuk CEPSI 2018. IBM, salah sebuah syarikat teknologi maklumat terbesar dunia dan Rohas Tecnic Berhad, pengeluar terbesar menara monopol dan ‘lattice’ di Malaysia, merupakan dua penaja terbaharu.

Penaja lain terdiri daripada Siemens, Edra Power Holdings, BMW, ABB, GE, Accenture, Huawei, Sarawak Energy, Daelim, Meralco, CG Power Systems Indonesia, Tai Chyun Ind., Schneider Electric, Pestech Energy, Ernst & Young, Nokia, LLC Berhad, Trilliant, Samsung C&T, Perusahaan Listrik Negara, GMR Energy Ltd, Malakoff, PWC, Andritz, dan Sagemcom. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia