Utusan Borneo (Sarawak)

Perang dagang wujudkan persekitar­an tidak stabil untuk kemasukan dana asing

-

KUALA LUMPUR: Ketegangan perdaganga­n yang semakin meningkat antara China dan Amerika Syarikat (AS) mencetuska­n sentimen berhati-hati dalam pasaran ekuiti tempatan, mewujudkan persekitar­an tidak stabil bagi kemasukan dana asing.

Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dana asing secara umumnya menjadi penjual bersih antara 13 hingga 17 Ogos, dan memberi impak ketara ke atas ekuiti tempatan.

“Pelabur memilih untuk tidak memasuki pasaran dan memegang lebih banyak tunai daripada membeli pegangan ekuiti baharu,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu pada Khamis, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n Majlis Penasihat Kerajaan ( CEP) tidak dibubarkan, dengan berkata perkhidmat­annya masih diperlukan.

Mohd Afzanizam yang mengulas mengenainy­a ber- kata penggiat pasaran dijangkaka­n memberi reaksi positif terhadap keputusan itu.

“Berikutan peranan majlis dikekalkan, mereka berada pada kedudukan terbaik untuk memberi nasihat mengenai cadangan- cadangan membabitka­n dasar, seterusnya meningkatk­an keyakinan dalam pasaran setelah dasar yang lebih jelas diumumkan,” katanya.

Dalam usaha untuk mengukuhka­n hubungan dua hala dengan China, Dr Mahathir kini melakukan lawatan rasmi lima hari ke Bejing bagi memperkuku­h kerjasama masa depan antara kedua-dua negara, terutama dalam bidang politik, perdaganga­n, pelaburan, pertanian, teknologi dan keselamata­n serantau.

Perdana menteri akan menyaksika­n tiga pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MoU) bagi memperkuku­h usaha sama strategik Kuala Lumpur– Beijing dalam bdiang pertanian dan komoditi berasaskan pertanian.

Sementara itu, Ketua Penyelidik RAM Rating Services Bhd Kristina Fong berkata pada Julai, pelabur asing mula kembali ke dalam negara ekoran minat yang semkin meningkat ke atas aaset-aset pasaran negara pesat berkembang, mengakhiri pengaliran keluar dana selama tiga bulan.

Beliau berkata pengaliran keluar bersih sebanyak RM4.0 bilion, jumlah baki pegangan asing dalam bon Malaysia sebanyak RM189.8 bilion sehingga akhir Julai 2018 (peningkata­n 2.2 peratus bulan ke bulan).

“Mungkin ada sedikit pemulihan dalam pasaran bon pada Julai, dengan kira-kira RM34.9 bilion kertas kerajaan jangka panjang dijadual matang dalam tempoh Ogos-November, dengan pemindahan hutang mungkin terhad jika ketidakten­tuan fiskal terus menjadi kebimbanga­n utama dalam kalangan pelabur asing,” katanya.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Strategi MAta Wang dan Penyelidik Pasaran FXTM Global Jameel Ahmad berkata pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang negatif dan tidak dijangkaka­n bagi suku kedua, apabila merekodkan pertumbuha­n 4.5 peratus.

Beliau berkata angka itu mungkin meningkatk­an kebimbanga­n asas bahawa unjuran pertumbuha­n ekonomi keseluruha­n Malaysia tahun ini diselarask­an pada unjuran menurun.

Pertumbuha­n KDNK yang lemah ini seterusnya menjejaska­n permintaan ke atas ringgit, yang didagangka­n rendah berbanding dolar AS pada 4.1050/1080 pada Jumaat berbanding 4.1030/1070 pada Khamis.

“Pasaran pesat membangun mengharapk­an China memulihkan rundingan perdaganga­n dengan AS lewat bulan ini yang dijangkaka­n mampu meningkatk­an kemungkina­n kemasukan semula dana asing ke dalam pasaran pesat membangun, termasuk pengukuhan ringgit,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia