Utusan Borneo (Sarawak)

ADAP40rty, Serba Dinamik bantu membina vendor-vendor dan usahawan-usahawan kecil

-

BINTULU: ADAP40rty Global Group of Companies dan Serba Dinamik sebagai peneraju perniagaan berkaitan akan membantu membina vendor-vendor dan usahawan-usahawan kecil di Bintulu supaya lebih berjaya, kata Pengerusi ADAP40rty Global Group of Companies Datuk Pangeran Daud Awang Putera.

“Di bawah teraju Abdul Kadier Sahib(Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Serba Dinamik), kita akan berkongsi bersama untuk membina vendor dan usahawan kecil yang berjaya di sini seperti yang saya lakukan (dengan pelbagai cabang perniagaan yang dibuat sehingga mencapai kejayaan).

“Ini yang ingin kita tunjukkan hasil yang telah saya nikmati diterjemah­kan dalam karnival yang diadakan pada malam ini,” ujarnya berucap pada majlis perasmian Karnival ADAP40rty 2018 di Pekarangan Qapong Food Court(QFC), Parkcity Commerce Square di sini malam kelmarin.

Beliau berkata, perkongsia­n kejayaan pihaknya adalah un- tuk manfaat warga di Bintulu dengan penganjura­n pelbagai program melalui karnival ini yang turut mengajak dan membantu anak-anak yatim dari PERYATIM (pengwujuda­n tabung derma untuk Pertubuhan Kebajikan AnakAnak Yatim Bintulu) sambil berhibur dan mengeratka­n hubungan silaturahi­m.

Selain itu beliau turut mem- beritahu mengenai pelbagai cabang perniagaan yang diusahakan oleh pihaknya di Bintulu bagi memberi kemudahan yang bersesuaia­n serta diperlukan oleh penduduk di sini mahupun dari luar Bintulu.

Justeru katanya, melihat kepada sambutan yang cukup baik dilaksanak­an dengan jayanya maka karnival itu akan dijadikan sebagai acara tahunan sekali gus pihaknya akan membuka lebih banyak gerai mempamerka­n produkprod­uk untuk orang tempatan dan gerai-gerai makan melalui pesta tiga hari tersebut.

“Usaha ini untuk menjadikan Bintulu sebagai destinasi tumpuan dalam kalendar dengan mewujudkan satu program yang bersesuaia­n di Bintulu,” tambahnya.

Pelbagai program diadakan pada karnival itu yang turut menjemput penyanyi popular tahun 1960-an Datuk Jeffrydin dan bekas vokalis kumpulan rock Iklim yang popular tahun 1990- an iaitu Saleem atau nama sebenarnya A.M Salem Abdul Majeed.

Turut diadakan beberapa persembaha­n seperti acara bergendang dan bertandak, pertanding­an melukis serta mewarna untuk kanak-kanak, pertanding­an ‘lelaki sado’, nyanyian karaoke, pertanding­an perut buncit dan sebagainya.

Turut hadir pada acara kemuncak perasmian itu Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Serba Dinamik merangkap Pengerusi Dewan Usa- hawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Bintulu Abdul Kadier Sahib, Timbalan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu ( BDA) Abdullah Mohd Sheriff, Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu Azman Abdul Rahman, Pengerusi jawatankua­sa penganjur karnival Yusuff Ali dan ahli lembaga pengarah ADAP4orty Global Group of Companies.

 ??  ?? ULANG TAHUN: Pangeran Daud (tengah) bersama Abdul Kadier, Sheriff, Azman serta ahli lembaga pengarah syarikat menunjukka­n jari empat simbolik kepada angka 40 untuk ADAP40rty Global Group of Companies.
ULANG TAHUN: Pangeran Daud (tengah) bersama Abdul Kadier, Sheriff, Azman serta ahli lembaga pengarah syarikat menunjukka­n jari empat simbolik kepada angka 40 untuk ADAP40rty Global Group of Companies.
 ??  ?? RASMI: Pangeran Daud (empat kanan) memotong reben simbolik perasmian Karnival ADAP40rty 2018 sambil disaksi (dari dua kanan) Sheriff, Abdul Kadier, Azman dan Yusuff (kiri) serta ahli lembaga pengarah syarikat terbabit.
RASMI: Pangeran Daud (empat kanan) memotong reben simbolik perasmian Karnival ADAP40rty 2018 sambil disaksi (dari dua kanan) Sheriff, Abdul Kadier, Azman dan Yusuff (kiri) serta ahli lembaga pengarah syarikat terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia