Utusan Borneo (Sarawak)

Harga minuman asas dikaji

Dijalankan dalam masa satu atau dua minggu akan datang, disiapkan secepat mungkin

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Kaji selidik perbanding­an harga minuman asas di kedai kopi di seluruh Sarawak akan dijalankan dalam masa satu atau dua minggu akan datang.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, kajian itu akan disiapkan secepat mungkin.

Beliau bagaimanap­un menegaskan, tidak ada keputusan akan dibuat sama ada untuk mengenakan penyeragam­an atau harga siling bagi minuman asas itu.

“Selepas perbincang­an pada hari ini, pihak kementeria­n akan mengumpul (data) daripada pemilik kedai kopi di seluruh Sarawak berhubung harga minuman asas mereka seperti ‘Kopi O’, ‘Kopi Peng’, ‘Teh O Peng’, ‘Teh Peng’, ‘Teh Tarik’ dan sebagainya, termasuk harga daripada pelbagai saiz.

“Kita akan mengumpul data dan membuat kajian perbanding­an angka (harga) itu.

“Terdapat cadangan untuk harga siling atau harga yang disyorkan. Ini adalah beberapa cadangan untuk menyeragam­kannya (harga) tetapi kajian lanjut perlu dilakukan di peringkat kementeria­n kami sebelum dilaksanak­an,” katanya.

Chong berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dan sesi dialog dengan Persatuan Pemilik Restoran dan Kedai Kopi Sibu ( PPRKKS) di pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sibu, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Stampin turut ditanya sama ada penyeragam­an harga minuman asas ini akan dilaksanak­an di seluruh negeri.

“Saya tidak dapat menjawab ya atau tidak, tetapi pada masa ini kita perlu adakan perbincang­an di peringkat kementeria­n.

“Terdapat 34 zon di seluruh Sarawak dan jawapan saya ialah jika kita melakukan penyeragam­an atau mengenakan harga siling ini, (harga minuman) akan berubah di setiap zon.

“Sama seperti skim kawalan harga musim perayaan, terdapat penyeragam­an harga bagi barangan asas tertentu, harga yang standard di Kuching akan berbeza di Sibu, Kapit, Sarikei dan seterusnya.

“Ia tidak akan menjadi satu harga (standard) di seluruh negeri.

“Saya hanya mahu tegaskan dengan jelas bahawa kami belum membuat sebarang keputusan.

“Hari ini (semalam), kami menerima maklum balas mengenai bagaimana untuk mengelakka­n kedai- kedai kopi daripada mengecaj harga yang terlalu tinggi, yang tidak masuk akal.

“Akan ada beberapa langkah yang akan diambil tetapi kami tidak membuat keputusan,” jelasnya.

Chong berkata, sesi dialog itu diadakan susulan terdapat aduan diterima kementeria­n mengenai pelbagai variasi harga minuman asas yang disajikan di kedai kopi.

Beliau menekankan, keprihatin­an utama kementeria­nnya adalah mengenai variasi harga dan kemungkina­n berlaku kenaikan harga yang akan menambah kos sara hidup rakyat terutama kumpulan B40.

Sehubungan itu, beliau berharap pengendali kedai kopi akan menunjukka­n sedikit simpati terhadap pengguna

Selepas perbincang­an pada hari ini, pihak kementeria­n akan mengumpul (data) daripada pemilik kedai kopi di seluruh Sarawak berhubung harga minuman asas mereka seperti ‘Kopi O’, ‘Kopi Peng’, ‘ Teh O Peng’, ‘ Teh Peng’, ‘ Teh Tarik’ dan sebagainya, termasuk harga

saiz. ” daripada pelbagai Chong Chieng Jen Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

terutama kumpulan B40.

“Kami dapat memberi jaminan kepada orang ramai bahawa untuk beberapa bulan ini, mengawal apa-apa kenaikan harga akan menjadi keutamaan kami termasuk penguatkua­saan terhadap apa- apa aktiviti mengaut keuntungan,” ujarnya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan David Wong, Pengarah KPDNHEP Sarawak Datuk Stanley Tan, Timbalan Pengarah KPDNHEP Sarawak Md Nawawi Abdul Rahman dan Ketua KPDNHEP Cawangan Sibu Roslee Maslie.

 ??  ??
 ??  ?? TINJAU DULU: Chong (empat kanan) menunjukka­n borang senarai harga daripada PPRKKS yang turut disertai (dari dua kiri) Tong, Wong, Tan, Md Nawawi, Roslee dan yang lain.
TINJAU DULU: Chong (empat kanan) menunjukka­n borang senarai harga daripada PPRKKS yang turut disertai (dari dua kiri) Tong, Wong, Tan, Md Nawawi, Roslee dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia