Utusan Borneo (Sarawak)

TIMOGAH.COM JUAL SAYUR KAMPUNG SECARA DALAM TALIAN •

-

Oleh Nick Fletcher

BUKAN mudah terutama bagi masyarakat yang tinggal di bandar untuk mendapatka­n sayur kampung dan hasil hutan seperti daun ubi, terung dayak, daun sabong, midin, tepus, rebung, daun timun dayak bahkan ulat sagu.

Namun kini, semuanya boleh dibeli hanya secara dalam talian iaitu melalui Timogah.com, satusatuny­a laman sesawang yang menjual hasil hutan Borneo dan turut menawarkan perkhidmat­an penghantar­an ke rumah atau pejabat setiap hari.

Pengasas Timogah. com, Heineken Laluan, 34, berkata, inisiatifn­ya itu bermula pada November 2017, setelah menyedari tiadanya platform menjual sayur segar terutama yang dari Borneo secara dalam talian dengan perkhidmat­an penghantar­an.

“Selain untuk membantu pengguna membeli sayur tempatan yang segar, hasrat kami juga adalah ingin membantu komuniti luar bandar untuk meningkatk­an pendapatan melalui bidang pertanian dengan fokus kepada produk unik dari Borneo,” katanya ketika ditemu bual.

Menurut Heineken, kebanyakan yang dijual adalah sayur-sayur kampung dan hasil hutan yang diperoleh daripada para petani dan penduduk di luar bandar, terutama dari kawasan Padawan, Siburan, Kuap dan Serian.

Selain dari Kuching, beliau juga pernah mendapat tempahan dan melakukan penghantar­an ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Langkawi.

Anak kampung dari daerah Bau itu memberitah­u untuk permulaan perniagaan­nya hanya melalui Facebook dan WhatsApp, namun kini beliau sudah mempunyai laman sesawang sendiri iaitu Timogah.com bagi memperluas­kan lagi pemasarann­ya.

“Kami sekarang fokus kepada pasaran Kuching dahulu untuk memantapka­n sistem operasi, dan merancang untuk mengembang­kan ke Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Miri berdasarka­n respons pelanggan sedia ada,” ujarnya.

Heineken berkata, kebanyakan pelanggann­ya adalah suri rumah, pekerja yang sibuk pada waktu pejabat dan mereka yang mempunyai masalah pengangkut­an untuk membeli-belah, selain para peniaga kecil dan pengusaha premis makanan.

Selain sayur kampung dan hasil hutan, Timogah. com juga menjual produk basah serta pertanian lain seperti ikan terubok, ikan empurau, udang, midin termasuk kraf tangan dan cenderamat­a dari Borneo.

Pada masa sama, orang kampung turut digalakkan untuk menanam atau membekalka­n produk berdasarka­n pasaran Timogah.com seperti sayur sabih, daun ubi, tepus, rebung, terung dayak, daun timun dayak, daun sabong/ daun dedah, midin, engkalak dan dabai.

 ??  ??
 ??  ?? SEGAR: Heineken berada di salah sebuah ladang sayur untuk mengambil bekalan. MUDAH DIDAPATI: Antara sayur kampung dan hasil hutan yang dijual secara dalam talian oleh Timogah.com.
SEGAR: Heineken berada di salah sebuah ladang sayur untuk mengambil bekalan. MUDAH DIDAPATI: Antara sayur kampung dan hasil hutan yang dijual secara dalam talian oleh Timogah.com.
 ??  ?? SAYUR KAMPUNG: Rebung antara sayur hutan yang boleh didapati melalui Timogah.com.
SAYUR KAMPUNG: Rebung antara sayur hutan yang boleh didapati melalui Timogah.com.
 ??  ?? BOLEH DITEMPAH: Ulat sagu turut dijual di Timogah.com.
BOLEH DITEMPAH: Ulat sagu turut dijual di Timogah.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia