Utusan Borneo (Sarawak)

NYARIS MAUT DISERANG BUAYA KETIKA MENJALA

-

MIRI: Seorang lelaki warga emas nyaris maut apabila diserang seekor buaya ketika menjala ikan dalam kejadian yang berlaku di Sungai Bakong, Beluru dekat sini, petang kelmarin.

Mangsa, Mangku Sulo, 56, yang dikejarkan ke Hospital Miri sejurus kejadian menerima 12 jahitan pada bahagian kaki kanannya akibat kecederaan yang dialami kesan gigitan reptilia ganas itu.

Menurutnya, sebelum kejadian sekitar jam 2 petang Ahad lalu, dia bersama lima rakan dari rumah panjang yang sama telah pergi ke sungai berkenaan untuk menjala ikan.

“Ketika sedang menebar jala, tiba-tiba saya diserang sesuatu dari dalam sungai.

“Saya tidak mengetahui apakah yang menyerang saya kerana kejadian berlaku begitu pantas dan hanya berasa bahagian kaki digigit serta diseret ke dalam sungai,” katanya ketika ditemui di Hospital Miri semalam.

Menurut Mangku, buaya itu menyeretny­a ke tengah sungai sebelum melepaskan gigitan pada kakinya.

“Sebaik terasa kaki saya telah dilepaskan daripada gigitannya, saya terus mengerah sehabis tenaga untuk berenang ke tebing sungai bagi mengelak diserang semula reptilia itu.

“Apa yang terdetik di fikiran saya ketika itu hanyalah maut sehingga saya berjaya naik ke tebing dan melihat kesan luka di kaki, baharulah saya menyedari diri saya telah selamat,” katanya sambil mengucapka­n syukur meskipun masih trauma dengan insiden itu.

Mangku berkata, sebaik naik ke tebing sungai, dia sempat berpaling semula ke belakang dan ternampak kepala seekor buaya timbul di permukaan sungai berkenaan, justeru dia percaya reptilia itu yang telah menyerangn­ya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERDEPAN MAUT: Mangku menerima rawatan di wad Hospital Miri.
BERDEPAN MAUT: Mangku menerima rawatan di wad Hospital Miri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia