Utusan Borneo (Sarawak)

Kebersihan elak HFMD

Mencuci tangan sebelum makan perlu diamalkan bagi mengurangk­an peningkata­n kes

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Ibu bapa dinasihati supaya menjaga kebersihan diri anak-anak bagi mengurangk­an penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, mencuci tangan sebelum makan dan sebagainya perlu diamalkan bagi mengurangk­an peningkata­n kes di seluruh negeri.

“Ibu bapa atau penjaga disaran menitikber­atkan soal kebersihan anak-anak, selain segera mendapatka­n rawatan di klinik atau hospital jika mempunyai simptom penyakit ini.

“Kita sedia maklum penyakit ini banyak berkaitan dengan kebersihan dan tahap kebersihan seseorang perlu dititikber­atkan bagi mengelak penyakit ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Anjung Waisan Tiga Saampun, Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) Cawangan Kampung Benuas di sini, semalam.

Turut hadir Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufia Mohat, Pengerusi PPWS Daerah Limbang Jaliha Besar, Pengelola PPWS Kawasan

Ibu bapa atau penjaga disaran menitikber­atkan soal kebersihan anak-anak, selain segera mendapatka­n rawatan di klinik atau hospital jika mempunyai simptom penyakit ini. Dr Abdul Rahman Ismail Menteri Muda Pertanian

Limbang dan Lawas Nurul Izza Hanis, Pengerusi PPWS Cawangan Kampung Benuas Rohani Rajeh, Penghulu Abu Tinggal dan Ketua Kampung Benuas Ismail Nayan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Jamilah Hashim dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini dipetik sebagai berkata, Kuching merekodkan kes HFMD tertinggi di negeri ini manakala 215 kes direkodkan di Limbang dari tempoh Januari hingga 11 Ogos lepas.

ADUN Bukit Kota itu ber- kata, kes HFMD masih dalam keadaan terkawal walaupun statistik meningkat.

Orang ramai ujarnya, perlu mengetahui cara-cara untuk mengawal dan membuat laporan kepada hospital bagi memudahkan pihak hospital mengadakan perancanga­n teratur menangani penularan penyakit itu.

Sementara itu katanya, kerajaan akan meneruskan usaha memenuhi keperluan masyarakat daripada aspek pendidikan, keagamaan, ekonomi dan sukan secara berperingk­at.

Menurutnya, rakyat, belia dan wanita di Limbang mem- punyai sikap rajin dan ingin berusaha, sekali gus memberi inspirasi dan semangat kepada pemimpin untuk terus berkhidmat.

Katanya pembinaan satu lagi bangunan dan pejabat Anjung Waisan Tiga Saampun, PPWS Cawangan Kampung Benuas bernilai RM50,000 akan memudahkan lagi PPWS kampung untuk menggerakk­an aktiviti dan program dengan jayanya.

Pada majlis itu, beliau mengumumka­n geran kerajaan berjumlah RM3,000 kepada PPWS Cawangan Kampung Benuas.

 ??  ??
 ??  ?? PEJABAT BAHARU: Dr Abdul Rahman (kiri), Superi,Sufian dan yang lainnya merasmikan pembukaan Pejabat PPWS Cawangan Kampung Benuas semalam.
PEJABAT BAHARU: Dr Abdul Rahman (kiri), Superi,Sufian dan yang lainnya merasmikan pembukaan Pejabat PPWS Cawangan Kampung Benuas semalam.
 ??  ?? DIBANTU: Nancy (duduk, tiga kiri), Fakry dan Bakri bergambar bersama penerima semalam.
DIBANTU: Nancy (duduk, tiga kiri), Fakry dan Bakri bergambar bersama penerima semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia