Utusan Borneo (Sarawak)

TIGA MAT REMPIT BERDEPAN HUKUMAN PENJARA

-

KUCHING: Tiga mat rempit berdepan hukuman penjara akibat aksi ‘wheelie’ dan ‘zig-zag’ apabila mereka ditahan pada Ops Khas Samseng Jalanan Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching yang dijalankan di Medan Letak Kereta, Jalan Stadium kelmarin (19 Ogos).

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu secara melulu dan membahayak­an keselamata­n orang awam.

Katanya, dua ditahan kerana telah melakukan aksi ‘wheelie’ manakala seorang lagi ditangkap disebabkan melarikan diri semasa pemeriksaa­n dengan merempuh sekatan jalan yang dilakukan oleh anggota polis bertugas selain melakukan aksi ‘zig-zag’.

Beliau menambah, ketiga-tiga mereka yang ditahan juga telah menjalani pemeriksaa­n air kencing namun hasil ujian negatif dadah.

“Mereka telah diserahkan kepada pegawai penyiasat kes bagi siasatan lanjut dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, Ng berkata operasi tersebut turut mengeluark­an sejumlah 527 saman atas pelbagai kesalahan trafik kepada seramai 221 penunggang motosikal yang ditahan.

Sebanyak 22 motosikal pelbagai jenis juga telah ditahan dan disita untuk pemeriksaa­n dan tindakan lanjut.

“Kebanyakan golongan yang terlibat dalam kegiatan samseng jalanan atau kegiatan bermotosik­al yang tidak sihat ini adalah golongan belia dan bawah umur,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan bahawa operasi itu akan terus dijalankan sebagai satu usaha Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik IPD Kuching dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) amnya untuk membendung gejala samseng jalanan dan menjamin ketenteram­an awam.

Ng turut mengingatk­an ibu bapa atau penjaga agar sentiasa memantau kegiatan dan aktiviti anak-anak agar tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat.

 ??  ?? TINDAKAN TEGAS: Seramai 221 penunggang motosikal ditahan dalam Ops Khas Samseng Jalanan di Medan Letak Kereta, Jalan Stadium.
TINDAKAN TEGAS: Seramai 221 penunggang motosikal ditahan dalam Ops Khas Samseng Jalanan di Medan Letak Kereta, Jalan Stadium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia