Utusan Borneo (Sarawak)

Puntung rokok tidak dibuang ke tempat selamat disyaki punca kebakaran musnahkan Rumah Engkabi Jamu Tujuh pintu rumah musnah, 46 penghuni sehelai sepinggang

- Oleh Frankie Junau

LUBUK ANTU: Puntung rokok yang tidak dibuang ke tempat selamat dipercayai punca kebakaran yang memusnahka­n tujuh daripada lapan pintu Rumah Engkabi Jamu di San Semanju, Lubok Antu semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, api telah memusnahka­n kesemua struktur rumah panjang separuh kekal tersebut menyebabka­n 46 penghuniny­a tinggal sehelai sepinggang.

Kaunselor Tuai Rumah Engkabi yang dihubungi Utusan Borneo berkata, api merebak dengan pantas dan usaha memadamkan api menemui jalan buntu disebabkan cuaca kering melampau serta tiupan angin kencang.

“Ketika kejadian hanya beberapa orang terutama warga emas sahaja yang masih tinggal di rumah dan ketika saya melalui beranda kelihatan mereka duduk di kaki lima rumah panjang.

“Manakala yang lain sudah turun ke huma dan kebun masing- masing dan langsung tidak menduga akan kejadian malang tersebut,” katanya dan beliau baharu 30 minit sampai di humanya apabila menerima panggilan berhubung kebakaran dan segera pulang.

“Sebaik sampai di rumah api sudah separuh memusnahka­n struktur rumah panjang itu dan kami berusaha memadamkan api dengan bantuan sedikit air namun sia-sia,” katanya.

Menurut Engkabi, rumah panjang di bawah tadbiran beliau sepanjang 60 pintu dan kediaman yang terbakar itu antara anak-anak buahnya tetapi dibina di blok berasingan di kawasan sama.

Sementara itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.21 pagi dan segera mengerahka­n anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong dan Sri Aman ke lokasi kebakaran.

Dalam pada itu, kejadian kebakaran turut mendapat

Ketika kejadian hanya beberapa orang terutama warga emas sahaja yang masih tinggal di rumah dan ketika saya melalui beranda kelihatan mereka duduk di kaki lima rumah panjang. Kaunselor Tuai Rumah Engkabi Tuai Rumah Engkabi Jamu

perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa yang segera bergegas ke rumah panjang itu dari Kuching sebaik dimaklumka­n orang ramai.

Katanya, untuk langkah awal kesemua mangsa ditempatka­n sementara di bilik kelas lama di SK San Semanju.

“Kesemua 46 orang tersebut akan dijaga sebaik mungkin oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat terutama dari segi makan dan minum secukupnya,” katanya sambil menambah, pihaknya turut membantu mengagihka­n bantuan makanan dan minuman kepada mangsa yang terjejas.

Menyifatka­n ia sebagai tragedi yang cukup malang, Dr Rayong berharap kejadian serupa tidak berulang dan mahu masyarakat rumah panjang berhati-hati ketika memasak, menggunaka­n peralatan elektrik dan apa sahaja punca api bagi mengelak kejadian serupa.

“Lebih baik kita karam di air kerana tidak melibatkan harta- benda namun jika berlaku kebakaran pasti melibatkan kerugian cukup besar...bukan sahaja hilang harta benda dan pusaka malah untuk mendirikan kediaman baharu pasti mengambil masa yang cukup lama,” ujarnya.

“Apa pun syukur kerana kebakaran tidak melibatkan kehilangan nyawa sebaliknya hanya melibatkan harta benda,” katanya.

Turut mengiringi Dr Rayong ke lokasi kebakaran ialah Pegawai Daerah Lubok Antu Richard Ngumbang, Penolong Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Negeri Tiong Kunyok, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Lubok Antu Sanggat Rangia, wakil jabatan kerajaan lain dan ketua-ketua masyarakat setempat.

Ini merupakan kebakaran ketiga berlaku di Sri Aman sambil yang terbaharu membabitka­n Rumah Museh, Pantu yang memusnahka­n keseluruha­n rumah panjang pada jam 4 petang kelmarin.

 ??  ?? MUSNAH: Dr Rayong dan Richard (tiga kanan) bersama Engkabi (kiri) serta yang lain melihat kesan kemusnahan rumah panjang itu.
MUSNAH: Dr Rayong dan Richard (tiga kanan) bersama Engkabi (kiri) serta yang lain melihat kesan kemusnahan rumah panjang itu.
 ??  ?? INGIN TAHU: Dr Rayong bertanya sesuatu dengan Nancy Rangkung selaku pegawai kebajikan beliau berkenaan perjalanan bantuan di lokasi kejadian.
INGIN TAHU: Dr Rayong bertanya sesuatu dengan Nancy Rangkung selaku pegawai kebajikan beliau berkenaan perjalanan bantuan di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia