Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki disyaki terbabit kes bunuh tiga tahun lalu

-

MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki terlibat dalam satu kes pembunuhan di Kampung Lusut, Taman Tunku tiga tahun lalu diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tujuh hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Pendaftar Mahkamah Rendah Brian Bryan Mason setelah meluluskan permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat ASP Lee Chee Keat daripada Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Lee memberitah­u, pada 11 Jun 2015 seorang wanita telah membuat laporan polis berhubung kematian suaminya Minggu Nanggai, 44.

Dalam aduannya, pengadu yang ketika itu berusia 36 tahun mendakwa, sekitar jam 8 malam 29 Mei 2015 ketika berada di rumahnya di Kampung Lusut, Taman Tunku bersama seorang anak perempuan berusia 10 tahun dan suami, mereka tiba-tiba didatangi seorang lelaki dikenali sebagai ‘Sim Beng’.

Lelaki terbabit terus memukul suami pengadu menggunaka­n batang penyapu dan membawanya minum minuman keras sekali lagi.

Pengadu dan anaknya kemudian pergi ke rumah mentuanya di kawasan berhampira­n.

Sekitar jam 2.30 pagi, 30 Mei 2015 pengadu mendapati suaminya terduduk di hadapan pintu rumah mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai telah meninggal dunia.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 9 pagi 19 Ogos lalu di pekarangan Balai Polis Pusat Miri, polis telah menangkap semula seorang lelaki yang diserahkan orang awam dalam keadaan mabuk.

Tangkapan ke atas suspek dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya Lee memberitah­u, reman tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 39 tahun dari Kampung Lusut, Taman Tunku di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an kertas siasatan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk mengesan barang kes dan pembebasan lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Mahkamah membenarka­n permohonan itu dan memerintah­kan suspek direman selama tujuh hari sehingga 27 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia