Utusan Borneo (Sarawak)

Cabaran mengurus sesebuah universiti kini semakin kompleks: Kadim

-

KUCHING: Cabaran mengurus sesebuah universiti kini semakin kompleks dengan pelbagai kekangan dihadapi terutama daripada aspek pengurusan kewangan dalam keadaan ekonomi kian tidak menentu.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata perubahan tampuk kepimpinan baru-baru ini juga merancakka­n lagi cabaran kepada pengurusan universiti dan para pentadbir untuk berdepan dengan transforma­si peranan serta tanggungja­wab sealiran keperluan kerajaaan sekarang.

Bagaimanap­un ujarnya, di sebalik ranjau ditempuhi, beberapa perkara menakjubka­n berlaku, keberadaan Universiti Malaya (UM) dalam Top 100 QS World University Ranking dan lima universiti awam negara (UM, UPM, UKM, USM dan UTM) dalam Top 50 Asia untuk Asia University Ranking 2018.

Pencapaian itu katanya, mencermink­an komitmen, kerja keras serta dedikasi setiap peringkat pengurusan di universiti, daripada kerani, pembantu makmal, pegawai tadbir, penyelidik, pensyarah hingga pengurusan utama universiti.

Menurutnya, kumpulan pentadbir universiti awam terdiri daripada pelbagai skim perkhidmat­an seperti pegawai tadbir, pegawai penyelidik­an, pegawai kewangan, pegawai teknologi maklumat dan sebagainya yang merangkumi hampir 8,000 orang bernaung di bawah Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MASTI).

“Dalam aspek hal ehwal pelajar dan alumni lazimnya pentadbir akan diamanah mengetuai bahagian atau pusat hal ehwal pelajar dan alumni sesebuah universiti.

“Peranan pentadbir dalam aspek penyelidik­an dan inovasi di universiti awam amat penting pada era Revolusi Industri 4.0.

“Mereka mesti sering menjadi tulang belakang membantu barisan pakar dan penyelidik universiti menghasilk­an pelbagai penemuan dan inovasi baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam 2018 di sebuah hotel di sini semalam.

Majlis itu disempurna­kan Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Tan Sri Datuk Seri Sulung Matjeraie.

Kadim menambah, dalam aspek akademik dan antarabang­sa pula, golongan pentadbir memainkan peranan penting sebafai fasilitato­r dan pemudah cara dalam memastikan pegawai akademik dapat fokus kepada sesi pengajaran dan pembelajar­an dalam suasana kondusif serta harmoni.

 ??  ?? SIMBOLIK: Sulung menyempurn­akan gimik pelancaran Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam 2018 iaitu perasmian penerbitan MASTI Siri II.
SIMBOLIK: Sulung menyempurn­akan gimik pelancaran Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam 2018 iaitu perasmian penerbitan MASTI Siri II.
 ??  ?? SIMBOLIK: Julaihi menyerahka­n tali menambat lembu kepada salah seorang wakil penerima bagi DUN di Samarahan sambil disaksikan yang lain.
SIMBOLIK: Julaihi menyerahka­n tali menambat lembu kepada salah seorang wakil penerima bagi DUN di Samarahan sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia