Utusan Borneo (Sarawak)

Lembu diagih ke DUN Asajaya, Muara Tuang, Stakan, Sadong Jaya, Simunjan, Gedong, Sebuyau bermula Sabtu lepas

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata sebanyak 59 ekor lembu akan diagihkan kepada semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bahagian Samarahan.

Katanya ia merupakan sumbangan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Bahagian Samarahan dan lembu itu telah diagihkan ke DUN Asajaya, Muara Tuang, Stakan, Sadong Jaya, Simunjan, Gedong dan Sebuyau bermula Sabtu lepas sempena ibadah korban.

“Setiap kawasan DUN akan menerima sumbangan lapan ekor manakala tiga ekor lagi untuk kawasan Serian, termasuk kos penyembeli­han atau kos penghantar­an.

“Kali ini Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Bahagian

Setiap kawasan DUN akan menerima sumbangan lapan ekor manakala tiga ekor lagi untuk kawasan Serian, termasuk kos penyembeli­han atau kos penghantar­an. Datuk Julaihi Narawi Menteri Muda Jalan Pesisir

Samarahan 2018 telah memilih PPS Ternak Sdn Bhd Kuching sebagai pembekal lembu korban.

“Penghantar­an ini mesti dilakukan dua hari sebelum Hari Raya Adiladha (Rabu ini),” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan lembu korban Aidiladha di sini kelmarin.

Julaihi yang juga ADUN Sebuyau berkata Masjid AlMuttaqin Bahagian Sama- rahan juga akan dinaik taraf dalam masa terdekat.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas sumbangan RM10 juta bagi membiayai projek menaik taraf Masjid Al-Muttaqin, Samarahan,” katanya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, Residen Bahagian Samarahan Ibrahim Lumpu serta wakil penerima lembu korban bagi setiap DUN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia