Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Kuching lancar ‘perang aedes’ untuk cegah demam denggi

-

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kini melancarka­n ‘perang aedes’ sebagai langkah pencegahan bagi mengelak warganya diserang demam denggi.

Justeru, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superitend­en Ismail Mahmood berkata pihaknya akan mengadakan gotong-royong di setiap balai termasuk perumahan polis di bawah IPD Kuching.

“Walaupun setakat ini tidak ada warga IPD Kuching yang kena demam denggi, tetapi kami tetap mengambil langkah pencegahan agar ia tidak berlaku,” katanya pada sidang media sempena Gotong-Royong Mega 1.0 di IPD Kuching di sini, semalam.

Menurut Ismail, kawasan balai termasuk perumahan polis juga boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes sekiranya kebersihan sekeliling tidak dijaga.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa setiap warga polis perlu mengamalka­n sikap menjaga kebersihan di kawasan balai dan perumahan masing-masing sebagai langkah bersama mencegah demam denggi.

“Kita tidak mahu warga polis terkena demam denggi kerana ini akan menjejaska­n kerja.

“Sebab itu, adalah penting untuk memastikan tempat pembiakan nyamuk aedes dihapuskan terutama di tempat kerja dan perumahan,” ujarnya.

Sementara itu, GotongRoyo­ng Mega 1.0 diadakan serentak membabitka­n semua kontinjen dan daerah Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara untuk membasmi pembiakan nyamuk aedes.

Di bawah IPD Kuching, seramai 170 warganya terlibat dalam gotong-royong tersebut yang bermula sekitar jam 3 petang semalam.

 ??  ?? PRANGI AEDES: Warga IPD Kuching bergotong-royong membersihk­an persekitar­an untuk membasmi pembiakan nyamuk aedes.
PRANGI AEDES: Warga IPD Kuching bergotong-royong membersihk­an persekitar­an untuk membasmi pembiakan nyamuk aedes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia