Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta kursus akan dilengkapi ilmu perniagaan, cara pemasaran berkesan

-

KUCHING: Kursus Asas Keusahawan­an dan Pemasaran Dalam Talian akan diberikan kepada peserta yang sedang menghadiri Kursus Membuat Makanan Sejuk Beku anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Demak Laut.

Perkara itu dimaklumka­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni ketika berucap merasmikan Kursus Membuat Makanan Sejuk Beku di Kampung Pinggan Jaya dekat sini, baru-baru ini.

Beliau berkata penganjura­n kursus berkenaan akan melengkapk­an peserta dengan ilmu perniagaan dan cara pemasaran lebih berkesan sesuai dengan perkembang­an teknologi hari ini.

“Kursus Membuat Makanan Sejuk Beku ‘Frozen Food’ yang diikuti ketika ini adalah kursus yang digarap dalam menghasilk­an produk.

“Selepas adanya produk, baharulah diadakan Kursus Asas Keusahawan­an yang membolehka­n peserta mempunyai pengetahua­n dalam asas-asas perniagaan.

“Selepas itu, peserta akan diberikan ilmu mengenai pemasaran menggunaka­n alat media sosial yang sangat popular ketika ini dalam usaha memasarkan produk yang telah dihasilkan,” katanya.

Beliau menambah, semua itu bertujuan melahirkan seramai mungkin usahawan wanita di DUN Demak Laut sekali gus membuktika­n golongan hawa juga mampu menjadi usahawan berjaya,” katanya.

Pada kursus itu, seramai 18 peserta dari Kampung Pinggan Jaya berjaya menamatkan kursus selama satu hari itu. Mereka diajar membuat kuih ‘pastry muffin’ dan ‘cheese tart’.

Hasilnya ramai di kalangan mereka yang sebelum ini tidak pernah membuat ‘muffin’ dan ‘cheese tart’ berjaya membuatnya dengan baik dan mampu dijadikan produk perniagaan kelak.

Salah seorang peserta, Saanah Ling berkata kursus berkenaan memberi peluang kepadanya membuat kek dan roti dengan betul.

Beliau yang juga ketua Wanita PBB Kampung Pinggan Jaya memberitah­u, kelebihan kursus tersebut antara lain ialah ia dapat memberi ilham dan idea untuk menghasilk­an kuih dan roti dengan lebih kreatif dan menarik serta sedap.

“Selain menambah pendapatan sebagai suri rumah, kursus seperti ini baik bagi mengembang­kan lagi perniagaan dalam kalangan peserta yang terdiri daripada beberapa kampung di kawasan DUN Demak Laut.

“Ada dalam kalangan peserta yang sebelum ini telah mempunyai kemahiran dan perniagaan dalam membuat roti dan apabila mengikuti kursus ini mereka dapat mempelbaga­ikan lagi penghasila­n kuih dan roti yang sebelum ini tidak pernah dibuat,” katanya.

Justeru katanya, wanita di kawasan DUN Demak Laut khususnya suri rumah tidak harus melepaskan peluang mengikuti kursus seperti itu kerana ia banyak memberi manfaat dan tunjuk ajar.

“Kepada suri rumah yang mempunyai banyak masa terluang dipelawa mengikuti kursus sebegini.

“Selain dapat menjana pendapatan, ia dapat membantu keluarga menambah pendapatan sampingan lebih-lebih lagi ketika ini barangan keperluan di pasaran semakin mahal.

“Juga, hasil selepas mengikuti kursus ini kita dapat memulakan perniagaan secara kecil-kecilan,” tambahnya.

 ??  ?? SAYA AKAN BANTU: Willie bergambar bersama wakil persatuan dan JKKK yang menerima geran daripadany­a semalam.
SAYA AKAN BANTU: Willie bergambar bersama wakil persatuan dan JKKK yang menerima geran daripadany­a semalam.
 ??  ?? MEMBANTU: Dr Hazland bergambar bersama peserta Kursus Membuat Makanan Sejuk Beku anjuran PBB Demak Laut.
MEMBANTU: Dr Hazland bergambar bersama peserta Kursus Membuat Makanan Sejuk Beku anjuran PBB Demak Laut.
 ??  ?? SAANAH
SAANAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia