Utusan Borneo (Sarawak)

ACS anjur acara Doa Hari Kebangsaan 2018 pada 23 Ogos

-

KUCHING: Persatuan Gereja Sarawak (ACS) akan menganjurk­an acara tahunan Doa Hari Kebangsaan 2018 pada 23 Ogos ini di Christian Ecumenical Worship Centre, Jalan Stampin jam 7.30 malam.

Uskup Agung Gereja Katolik Kuching Rev. Simon Poh berkata tahun ini sambutan itu dianjurkan oleh gereja Katolik mengikut giliran yang telah ditetapkan.

“Kita akan mendoakan kekuatan dan rahmat untuk memaafkan, menerima dan menyayangi dalam nama Jesus Kristus sebagaiman­a beliau mengajar kita. Turut diselitkan dalam doa itu adalah penyembuha­n dan pendamaian kuasa untuk sayang kepada negara dan menyediaka­n negara lebih baik untuk semua.

“Juga akan kita doa kepada roh kudus untuk memperkasa­kan pemimpin kita agar lebih bijaksana dalam mentadbir negara agar sentiasa ada perpaduan, kedamaian dan kebebasan yang harmoni mengikut perlembaga­an yang terkandung dalam Rukun Negara.

“Justeru, seperti biasa sememangny­a kita menjemput pemimpin berlainan agama untuk menyertai dan mendoakan untuk negara tercinta ini,” katanya pada sidang media di pejabat ACS di sini, semalam.

Kumpulan koir yang melibatkan gereja-gereja Kristian pelbagai mazhab akan menyertai diketuai The Benedictio­n by Heads of Churches di bawah Bishop Kuching, Sarawak dan Brunei Darusalam Rev. Danald Jute.

Tambahnya, orang ramai turut dijemput menyertai sesi doa berkenaan termasuk perwakilan dan pemimpin negeri dan negara termasuk Buddha, Hindu, Sikh, Bahai dan banyak lagi.

Sebagai upacara pembukaan, pasukan Pengakap akan membawa bendera Sarawak dan Malaysia semasa berarak masuk ke dalam dewan.

Tema yang dipilih pihaknya tahun ini adalah ‘Act Justly, Love Tednerly, Walk Humbly with God’ seperti yang terkandung dalam ayat alkitab Kristian Micah 6:8 dengan sasaran seramai 2,000 orang akan berkumpul bersama.

Pada masa yang sama, pembacaan ayat alkitab akan dibaca dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris, bahasa Melayu, Kenyah, Bidayuh Biatah, Iban dan Mandarin.

Ahli-ahli ACS juga boleh melakukan perayaan doa yang sama di gereja masing-masing di seluruh negeri.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Setiausaha Agung ACS Ambrose Linang di talian 019-8780787 atau e-melkan kepada acs.cews@ yahoo.com atau fakskan kepada 082-419500.

Turut hadir Setiausaha Paroki Katedral St Joseph Ann Harrison dan Pentadbir Katedral St Joseph Nelly Chin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia