Utusan Borneo (Sarawak)

Willie berusaha bantu penduduk termasuk NGO di konstituen­sinya dapat bantuan

-

KUCHING: Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin berkata akan berusaha membantu penduduk termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di konstituen­si itu mendapat bantuan diperlukan.

Beliau berkata ia merupakan janjinya untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat yang diwakiliny­a.

“Saya akan membantu mereka yang memerlukan sama ada individu atau persatuan.

“Anda juga boleh mendapatka­n bantuan daripada agensiagen­si kerajaan berkaitan bagi menjayakan program- pro- gram anda.

“Saya juga akan berusaha memberi perkhidmat­an sebaik mungkin kepada penduduk di kawasan Puncak Borneo,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Geran Langsung (outright grant) kepada 14 organisasi termasuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di Pusat Khidmat Rakyat Puncak Borneo dekat sini, semalam.

Beliau menasihati penerima geran berkenaan agar menggunaka­nnya dengan bijak untuk menjayakan aktiviti dan pembanguna­n di kampung masing-masing.

Willie turut meminta penduduk di konstituen­si itu memberi kerjasama kepadanya agar pembanguna­n yang dirancang dapat dilaksanak­an dengan mudah dan berkesan.

Dalam perkembang­an sama beliau berkata pada tahun ini tidak banyak geran dapat diagihkan kerana kerajaan persekutua­n hanya memperuntu­kkan RM500,000 bagi setiap Parlimen.

“Tahun depan saya akan mendapat lebih banyak geran untuk diagihkan di kawasan saya apabila setiap ahli Parlimen akan diperuntuk­kan RM1 juta,” katanya.

Sementara itu beliau berkata penduduk yang memerlukan dana hendaklah mengemukak­an permohonan kepadanya termasuk memohon bantuan kewangan untuk rawatan penyakit dan bantuan kewangan melanjutka­n pelajaran.

Beliau berkata di bawah bantuan rawatan penyakit serta kewangan melanjutka­n pelajaran, RM500 diperuntuk­kan dan ia diberikan sekali sahaja.

Sementara itu, katanya bagi mereka yang memerlukan bantuan kerusi roda, permohonan boleh dikemukaka­n terus ke Pejabat Khidmat Rakyat Puncak Borneo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia