Utusan Borneo (Sarawak)

SwinCARE Fun Run promosi kesedaran kesihatan mental sambil menjana dana

-

KUCHING: SwinCARE Fun Run diadakan untuk mempromosi­kan kesedaran kesihatan mental sambil menjana dana untuk Persatuan Kesihatan Mental Sarawak (MHAS) Cawangan Kuching ‘The Halfway Home’ pada 3 November ini di Swinburne University of Technology Kampus Sarawak.

SwinCARE Fun Run merupakan larian sejauh lima kilometer yang akan menyumbang kutipan tersebut kepada ‘The Halfway Home’ dalam usaha membantu pemulihan pesakit mental dan menyediaka­n mereka kemahiran hidup.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, seramai 300 peserta akan mengambil bahagian dan pelepasan peserta akan dimulakan sekitar jam 6.30 pagi oleh Pengerusi MHAS Kuching Dr Gan Chee Kuan.

Laluan larian akan menyelusur­i Kampus Swinburne, Jalan Ong Tiang Swee, Jalan Rock, Jalan Laksamana Cheng Ho, Jalan Tun Jugah, kembali ke Jalan Ong Tiang Swee dan berakhir di kampusnya di sini.

Pendaftara­n sebanyak RM50 termasuk kemeja-T, pingat dan jamuan ringan terbuka kepada orang ramai atau sila hubungi Mohamad Ehwan di talian 082-260 786 atu e-mel ke mehwan@ swinburne. edu. my bagi sumbangan dana.

Pendaftara­n atas talian juga boleh dilakukan di https://www.jotform.com/ sbsadmin/ swincare- run2018- registrati­on- form atau berjumpa dengan wakil pihaknya di Student HQ, Block A, Swinburne Campus bermula Isnin hingga Jumaat 9 pagi hingga 5 petang sebelum 29 September.

Untuk maklumat mengani Swinburne, lawat laman web www.swinburne. edu. my Facebook page (@ swinburnes­arawak), Instagram (@ swinburnes­arawak), Twitter page (@Swinburne_Swk) atau YouTube channel (Swinburne Sarawak).

 ??  ?? TAWAR KHIDMAT: (Duduk, dari dua kiri) Brendan, Gail, Elizabeth dan Carolina (duduk kanan) serta Sue (berdiri, tiga kanan) bersama sebahagian pelatih dan guru PDK Eda Beran semasa lawatan ke Long Laput baru-baru ini.
TAWAR KHIDMAT: (Duduk, dari dua kiri) Brendan, Gail, Elizabeth dan Carolina (duduk kanan) serta Sue (berdiri, tiga kanan) bersama sebahagian pelatih dan guru PDK Eda Beran semasa lawatan ke Long Laput baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia