Utusan Borneo (Sarawak)

Pakar dari Belanda, UK dan Australia lawat PDK Eda Beran

-

MIRI: Sekumpulan pakar terapi pertuturan, pergerakan anggota badan dan fisioterap­i dari Belanda, United Kingdom dan Australia baru-baru ini mengadakan lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Eda Beran di Long Laput.

Mereka ialah Carolina Adriaanse, pakar fisioterap­i dari Belanda yang sudah lama bekerja di Malaysia, Sue Walker pakar terapi bahasa dan pertuturan dari United Kingdom (UK) dan dua ahli terapi pembelajar­an dan pergerakan dari Australia Brendan O’Hara dan isterinya Gail O’Hara yang merupakan pakar kinesiolog­i.

Pengerusi PDK Eda Beran Temenggung Elizabeth Deng berkata, tujuan lawatan itu bagi meninjau dan melihat sendiri apa yang dapat dilakukan untuk membantu pelatih-pelatih PDK di sini.

”Kami amat mengalu-alukan lawatan tersebut kerana dapat mempelajar­i perkara baharu iaitu terapi muzik dan pergerakan.

” Kepakaran mereka ini amat diperlukan PDK Eda Beran,” katanya semasa menerima kunjungan kumpulan terapi itu di PDK Eda Beran, di Long Laput baru-baru ini.

Sementara itu Caroline berkata, beliau dan Sue bekerjasam­a mengasaska­n projek pemulihan sukarelawa­n yang dinamakan ’Meeting Needs Rehabilita­tion’ atau MNR yang memfokus pergerakan dan mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak dan dewasa yang mempunyai keperluan khas daripada keluarga berpendapa­tan rendah bergerak.

”Kami turut mempromosi­kan pemulihan di rumah dalam kalangan ibu bapa dan setakat ini pernah bekerjasam­a dengan PDK sekitar Kuching, antaranya PDK Mambong, Asajaya, Sadong Jaya, Bau dan Duyoh,” jelasnya.

Semasa lawatan singkat itu, pasukan itu turut berjanji pada masa terdekat akan menghantar sebuah kerusi roda khas untuk pelatih orang kurang upaya (OKU) di PDK terbabit Margaret Urai.

Pasukan turut meluangkan masa beramah mesra dengan pelatih dan penjaga PDK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia