Utusan Borneo (Sarawak)

Timbalan Menteri di JPM itu tawar diri bertanding jawatan Ketua Wanita PKR Pusat

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: PKR di Sarawak khususnya ahli wanita perlu memberi sokongan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh yang menawarkan diri bertanding untuk jawatan Ketua Wanita PKR di peringkat pusat, seiring hasratnya mahu mengangkat martabat wanita Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

Ketua Wanita PKR Cawangan Sibuti Zulhaidah Suboh berkata, wanita dan golongan belia PKR termasuk penyokong dan pengundi parti itu di peringkat akar umbi mahukan beliau ( Fuziah) mengembang­kan sayap Wanita PKR supaya lebih kuat lagi dalam membantu merealisas­ikan dan mentransfo­rmasikan agenda kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk rakyat.

“Fuziah merupakan salah seorang reformis PH yang sentiasa berjuang di samping (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar semasa era reformasi.

“Justeru apabila beliau sudah berada dalam kerajaan seperti hari ini, maka tiba masa untuk kita merealisas­ikan agenda berkenaan, sebagaiman­a yang kita tahu betapa mereka telah mengalami kehidupan dan keadaan yang amat sukar sebelum ini, dalam perjuangan mereka,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Jawatan Ketua Wanita dijangka menyaksika­n pertanding­an satu lawan satu di antara Ahli Parlimen Kuantan ( Fuziah) dengan Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor Haniza Talhah dalam pemilihan yang diadakan Oktober depan.

Menurut Zulhaidah lagi, PKR Sarawak terutama ahliahli di peringkat akar umbi amat mengetahui mengenai perjuangan reformasi ini dan ‘kekurangan’ yang terdapat di Sarawak.

“Justeru mereka harus menyokong agenda reformasi Fuziah, yang akan memberi manfaat kepada Sarawak dan Sabah khususnya kaum wanita,” jelasnya beliau.

Malah katanya, peringkat akar umbi mahukan Fuziah bertanding untuk jawatan itu memandangk­an beliau komited dan bersungguh-sungguh memperjuan­g kepentinga­n reformasi yang perlu dan wajar dilaksanak­an dalam kerajaan PH ketika ini.

“Oleh itu saya menyeru kepada ahli-ahli PKR Sarawak tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang budaya mereka supaya menyokong p e n c a l o n a n F u z i a h untuk jawatan tersebut,” tambahnya.

Dalam perkembang­an yang berkaitan, Zulhaidah antara yang turut dicalonkan untuk merebut salah satu tempat dalam jawatan exco Wanita Pusat.

Sementara itu, bagi PKR Cawangan Sibuti pula, mesyuarat agung tahunan akan diadakan di pejabatnya di Pusat Komersial SABERKAS di sini, pada 25 Ogos bermula jam 9 pagi.

 ??  ?? FUZIAH
FUZIAH
 ??  ?? ZULHAIDAH
ZULHAIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia