Utusan Borneo (Sarawak)

Save Rivers Network anjur aktiviti pembersiha­n pantai, esok

-

MIRI: Untuk menyahut seruan menjaga kebersihan pantai dan alam sekitar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Save Rivers Network melalui perkumpula­n belianya akan menganjurk­an aktiviti pembersiha­n pantai.

G o t o n g - r o y o n g membersihk­an pantai itu kelak, akan diadakan di Luak Esplanade pada cuti umum, 22 Ogos ini (esok), yang juga sempena sambutan Hari Belia Sedunia 2018.

Sehubungan itu, PKR Cabang Baram yang turut memberi sokongan terhadap usaha berkenaan menyeru ahli parti itu turut serta membantu menjayakan aktiviti membersihk­an pantai tersebut.

“Memandangk­an kita adalah sebahagian daripada masyarakat di bandar raya ini yang turut sama memiliki pantai rekreasi itu dan samasama menggunaka­nnya, maka kita bersyukur ada NGO seperti Save Rivers Network menganjurk­an aktiviti seperti ini,” kata Setiausaha PKR Cabang Baram Dennis Along.

“Justeru saya menyeru kepada ahli PKR bukan sahaja Cabang Baram, malah cabang yang lain, untuk turut serta menjayakan gotongroyo­ng ini kelak, selain menunjukka­n sokongan kita terhadap golongan muda mengenai usaha murni mereka menganjurk­an aktiviti seperti ini,” tambahnya.

S e m e n t a r a i t u , acara gotong- royong membersihk­an pantai tersebut akan bermula dari jam 7.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Untuk maklumat lanjut berhubung kempen tersebut, sila hubungi ahli jawatankua­sa penganjur Caroline Nyurang (012-9780005) atau Samban Tugang (014-5943725).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia