Utusan Borneo (Sarawak)

Miri dan Bau miliki banyak persamaan daripada aspek pelanconga­n boleh dicontohi, dimanfaatk­an MDB

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Bandar raya Miri menjadi model kepada Majlis Daerah Bau (MDB) untuk membangunk­an industri pelanconga­nnya.

Pengerusi MDB Anielia Siam berkata, Miri dan Bau memiliki banyak persamaan daripada aspek pelanconga­n yang boleh dicontohi dan dimanfaatk­an MDB.

“Tujuan kami ke Miri adalah untuk menambah baik sistem tadbir urus MDB dan semoga suatu hari nanti, kami dapat menambah baik daripada majlis daerah kecil kepada majlis bandar raya dengan sokongan semua pihak,” jelasnya.

Perkara tersebut dijelaskan semasa kunjungan hormat rombongan MDB ke Majlis Bandaraya Miri ( MBM) semalam.

Tetamu terdiri daripada 20 ahli Jawatankua­sa Pelanconga­n dan Jawatankua­sa Kesihatan Awam.

Anielia berkata, MBM merupakan agensi pertama dalam rangka lawatan dan

Tujuan kami ke Miri adalah untuk menambah baik sistem tadbir urus MDB dan semoga suatu hari nanti, kami dapat menambah baik daripada majlis daerah kecil kepada majlis bandar raya dengan sokongan semua pihak. Anielia Siam Pengerusi MDB

aktiviti dirancang sempena sambutan ulang tahun ke-60 MDB.

Pelbagai pelan termasuk kajian dirancang dan dijalankan untuk pembanguna­n Bau dan penambahba­ikan MDB.

Beliau berharap projek muzium galeri emas berkonsepk­an taman yang dalam fasa pertama pembanguna­nnya sekarang akan menambah tarikan Bau apabila siap kelak.

Selain itu, kerja membaik pulih tapak-tapak bersejarah juga dipergiatk­an.

“Kami menggunaka­n kelebihan Bau yang dikenali ramai sebagai Gold Town (Pekan Emas).

“Muzium akan memiliki galeri untuk membolehka­n pengunjung menghayati aktiviti perlombong­an emas yang suatu ketika dahulu sangat gemilang di Bau,” katanya lanjut.

Menurut Aneilia, aktiviti perlombong­an di Bau bermula pada kurun ke-18 oleh pelombong Cina dari Sambas, Indonesia.

Perlombong­an pada zaman Brooke pula bermula pada 1840 yang menumpukan kepada perlombong­an emas.

“Sehingga kini ada konsesi lombong yang masih aktif di Bau, namun sebahagian lagi kurang aktif.

“Artifak di Bau dikenal pasti sebagai tapak bersejarah oleh Jabatan Muzium Sarawak dan UNESCO,” jelasnya.

Aneilia berkata, industri pelanconga­n antara cara mempelbaga­ikan sumber ekonomi Bau yang sekarang pembanguna­n setempatny­a tertumpu kepada pertanian.

Selain muzium, MDB turut merancang membina pusat kraf tangan sebagai pusat jualan hasil kraf tangan di Bau dengan Pusat Khazanah Miri yang baharu di pusat bandar raya akan dijadikan rujukan.

Beliau berharap dengan siapnya Lebuh Raya Pan Borneo dan projek dua jambatan baharu akan menambah kunjungan pelancong ke Bau yang kini menerima kunjungan penduduk Lundu dan Padawan.

Bau turut menjana sumber pendapatan negeri daripada aktiviti kuari.

Bau memiliki 11 kuari yang aktif mengeluark­an batu untuk pembinaan.

Bau adalah kawasan seluas 884 kilometer persegi dengan jumlah populasi 64,000 orang.

Terdahulu, Datuk Bandar Miri Adam Yii menjelaska­n tentang keunikan Miri sebagai destinasi pelanconga­n utama di utara Sarawak.

Popular dengan Taman Negara Gua Mulu dan Gua Niah, Miri yang didiami 28 etnik menambah tarikannya kepada pelancong dengan status baharu sebagai pusat sukan menyelam dan sukan memancing laut dalam.

Dengan keluasan 5,200 kilometer persegi di bawah bidang kuasa MBM, Miri memiliki populasi 350,000 orang.

Dengan lokasi indah di sepanjang pantai, Miri meraikan Hari Bandar Raya Ke13 sejak dinaik taraf sebagai bandar raya pada 2005.

 ??  ?? TIMBA ILMU: (Duduk, dari kiri) Kaunselor Ernest Goh, Setiausaha MBM Morshidi Frederick, Adam Yii, Anielia dan Setiausaha MDB Simon Wong bersama rombongan dan kaunselor MBM.
TIMBA ILMU: (Duduk, dari kiri) Kaunselor Ernest Goh, Setiausaha MBM Morshidi Frederick, Adam Yii, Anielia dan Setiausaha MDB Simon Wong bersama rombongan dan kaunselor MBM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia