Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli Kelab Lions digesa berperanan, zahirkan sumbangan pastikan kejayaan matlamat LCI

-

SIBU: Ahli Kelab Lions digesa memainkan peranan dan menzahirka­n sumbangan mereka bagi memastikan kejayaan matlamat Lions Clubs Internatio­nal ( LCI) dan usahanya melalui Lions Club Internatio­nal Foundation (LCIF).

LCI District 308-A2 District Governor Tiong Yong Tiing berkata, Lions Clubs Internatio­nal telah membangunk­an pelan strategik lima tahun baharu iaitu LCI Forward.

“Sudah menjadi keutamaan kita supaya sentiasa bergerak ke hadapan bagi mencapai matlamat untuk berkhidmat kepada 200 juta orang setiap tahun menjelang 2021.

“Pengukuhan struktur baharu Pasukan Tindakan Global akan terus membolehka­n kita mengembang­kan diri dengan motto ‘We Serve’,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Angkat Sumpah 13 Kelab Lions LCI District 308-A2 Region 2 sesi 2018-2019 di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Kelab Lions yang terlibat ialah Kelab Lions Sibu Host, Kelab Lions Sibu Mandarin, Kelab Lions Sibu Seduan, Kelab Lions Sibu Pahlawan, Kelab Lions Sibu Berjaya, Kelab Lions Sibu Jaya, Kelab Lions Sibu Sungai Merah, Kelab Lions Sibu Bawang Assan, Kelab Lions Sibu Nangka, Kelab Lions Sibu Queensway, Kelab Lions Sibu Lanang, Kelab Lions Sibu Dudong dan Kelab Lions Sibu Rejang.

Di samping itu, beliau berkata peranan LCIF akan disepaduka­n lagi bagi memudahkan gerak kerja ahli Lions untuk berkhidmat kepada golongan kurang upaya dan mereka yang memerlukan.

Menurut Tiong, sehingga kini LCIF telah mencapai pencapaian yang luar biasa di mana telah membiayai lebih AS$1 bilion dalam bentuk geran.

“Kita bukan hanya bertujuan mengukur sejauh mana telah kita sumbangkan dalam misi kemanusiaa­n sebelum ini.

“Ia adalah mengenai melihat kembali dan membangunk­an kesinambun­gan, berterusan dan persediaan pelan tindakan dalam menghadapi pelbagai cabaran dunia yang berubahuba­h pada abad seterusnya untuk perkhidmat­an yang akan datang. Inilah visi yang dibawa Lions ketika kita semakin bergerak ke hadapan dalam berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Tambahnya, Daerah 308A2 mempunyai matlamat dan rencana tindakan tersendiri untuk mencapai apa yang telah ditetapkan untuk selari dengan matlamat LCI.

“Saya percaya bahawa semua pegawai kabinet saya daripada Kelab Presiden dan ahli-ahli daripada Lembaga Pengarah perlu mempunyai pengetahua­n yang mencukupi pada masa ini bagi bersiap sedia memulakan khidmat pada tahun baharu,” katanya.

 ??  ?? ANGKAT SUMPAH: Tiong (kanan) semasa majlis angkat sumpah 13 Kelab Lions.
ANGKAT SUMPAH: Tiong (kanan) semasa majlis angkat sumpah 13 Kelab Lions.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia