Utusan Borneo (Sarawak)

Dua bekas guru didakwa aniaya empat kanak-kanak di tadika Berdepan penjara maksimum 20 tahun atau denda hingga RM50,000

-

MELAKA: Dua bekas guru tadika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan menganiaya dari segi fizikal dengan cara mengasari empat kanak-kanak di sebuah tadika di Ayer Keroh, bulan lepas.

Tertuduh, Rozana Sawal, 41, dan Nor Sulastri Suratmi Bahrom, 22, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Rozana, didakwa menganiaya­i dari segi fizikal dengan cara mengasari seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun iaitu menampar pipi sehingga jatuh kerusi; dan melakukan tindakan sama terhadap seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia lima tahun iaitu menampar pipinya sebanyak dua kali.

Nor Sulastri Suratmi didakwa menganiaya­i dari segi fizikal dengan cara mengasari seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun iaitu mengangkat dan meletakkan­nya di atas leher seorang kanak-kanak lain serta mencubitny­a dan mengasari seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dengan mengangkat dan menggigit tangannya.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah tadika di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini antara jam 9 pagi dan 11 pagi, 30 Julai lepas.

Kedua-dua tertuduh yang telah ditarik lesen mengajar serta- merta itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda hingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi, tidak mencadangk­an sebarang jaminan dengan mengambil kira faktor kesalahan dilakukan keduadua tertuduh adalah serius selain menjadi perhatian dan membangkit­kan kemarahan netizen.

Namun, peguam Zarin Zain dan Farid Aziz yang masing- masing mewakili Rozana dan Nor Sulastri Suratmi merayu agar anak guam mereka dibenarkan ikat jamin dan menegaskan video yang ditularkan tidak boleh mempengaru­hi keputusan mahkamah.

Hakim Mohd Nasir kemudian membenarka­n keduadua tertuduh diikat jamin masing- masing RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis berhampira­n setiap bulan dan tidak mendekati saksi pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 26 Sept untuk sebutan semula kes. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DERA: Pengasuh kanak-kanak Martini Marjono, 25, (kiri) diiring pegawai polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam, atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dengan memberi susu panas sehingga menyebabka­n lidahnya melecur, tahun lepas.
— Gambar Bernama DERA: Pengasuh kanak-kanak Martini Marjono, 25, (kiri) diiring pegawai polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam, atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dengan memberi susu panas sehingga menyebabka­n lidahnya melecur, tahun lepas.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERTUDUH: Rozana Sawal, 41, (tengah) dan Nor Sulastri Suratmi Bahrom, 22, (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam, atas pertuduhan menganiaya dari segi fizikal dengan cara mengasari empat kanak-kanak di sebuah tadika di Ayer Keroh, bulan lepas.
— Gambar Bernama TERTUDUH: Rozana Sawal, 41, (tengah) dan Nor Sulastri Suratmi Bahrom, 22, (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam, atas pertuduhan menganiaya dari segi fizikal dengan cara mengasari empat kanak-kanak di sebuah tadika di Ayer Keroh, bulan lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia