Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa tetak anak sedang tidur didakwa tuduhan membunuh

-

PETALING JAYA: Seorang bapa yang didakwa menetak anak lelaki kandungnya berusia lima tahun yang sedang tidur sehingga mati, Isnin lepas dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh.

Mohd Faih Rifin, 36, yang kini menganggur dan pernah bekerja sambilan sebagai anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) didakwa membunuh anaknya Muhammad Waiz Wazzini, di sebuah rumah di Flat Puchong Permai 1/6, Taman Puchong Permai, Puchong, Petaling, di sini antara jam 2.30 petang dan 5.30 petang, 13 Ogos lepas.

Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu dan kelihatan bersahaja mengangguk dan menjawab ‘faham’, ketika pertuduhan tersebut dibacakan terhadapny­a mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Okt untuk sebutan semula kes. Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak- kanak lelaki dipercayai maut ditetak bapa sendiri di rumah didiami keluarga itu dan kejadian tragis tersebut berlaku ketika ibu mangsa tiada di rumah. — Bernama

 ??  ?? DIDAKWA: Mohd Faih Rifin, 36, (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan membunuh anak kandungnya di Flat Puchong Permai pada 13 Ogos lalu. — Gambar Bernama
DIDAKWA: Mohd Faih Rifin, 36, (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan membunuh anak kandungnya di Flat Puchong Permai pada 13 Ogos lalu. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia