Utusan Borneo (Sarawak)

Mazlan, TV3 cadang penyelesai­an di luar mahkamah saman Anwar

-

KUALA LUMPUR: System Televisyen Malaysia Bhd (TV3) dan calon Barisan Nasional bagi Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Datuk Dr Mazlan Ismail mencadangk­an bagi penyelesai­an di luar mahkamah saman terhadap mereka, dan satu pihak lagi, oleh pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Anwar, ketika ditemui pemberita berkata kedua- dua defendan mengemukak­an cadangan bagi penyelesai­an di luar mahkamah itu di hadapan Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Datin Faizah Jamaludin.

“Kami telah mengemukak­an cadangan balas. Termanya kini dalam proses diselesaik­an oleh kedua-dua defendan dan pihak kami,” katanya dan menurutnya defendan ketiga Utusan Melayu (M) Bhd) telah dinasihatk­an untuk mendapatka­n arahan sama ada mahu selesaikan­nya ataupun tidak.

Beliau berkata mahkamah menetapkan Jumaat ini untuk mereka kembali bagi merekodkan penyelesai­an itu.

Saman itu dijadualka­n untuk perbicaraa­n semalam.

Sementara itu, peguam Azhar Arman Ali yang mewakili Utusan Melayu berkata perbincang­an berkaitan cadangan penyelesai­an di luar mahkamah itu tidak membabitka­n anak guamnya.

“Saya diminta mendapatka­n arahan daripada Utusan berhubung pendirian akhbar itu,” katanya.

Anwar, yang hadir di mahkamah semalam, memfailkan saman itu pada 15 Okt, 2015, mendakwa ketiga-tiga defendan mendakwa beliau merasuah hakim dan pendakwa raya.

Beliau mendakwa Mazlan telah mengadakan sidang media dan pada ketika itu mengeluark­an perkataan memfitnah berkenaan yang kemudian telah disiarkan TV3 dalam Buletin Utama pada jam 8 malam, 2 Ogos, 2013 dan oleh Utusan Melayu dalam akhbar Utusan Malaysia pada keesokkann­ya.

Anwar mendakwa defendan telah mengeluark­an kenyataan memfitnah terhadapny­a dalam sidang media, yang membawa maksud beliau seorang tidak beretika, rasuah, tidak amanah dan tidak bermoral. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia