Utusan Borneo (Sarawak)

Rampasan Methamphet­amine 13.52 kilogram membabitka­n nilai RM675,994.50

-

SHAH ALAM: Polis mematahkan cubaan menyeludup dadah syabu (Methamphet­amine) seberat 13.52 kilogram (kg) ke Korea Selatan, dengan penangkapa­n lapan lelaki tempatan yang dijadikan keldai dadah di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA) 2, Sepang, antara 11 dan 15 Ogos lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata hasil tangkapan telah berjaya merampas 68 peket plastik lutsinar yang disembunyi­kan di badan tujuh suspek dan lapan peket plastik lutsinar disembunyi­kan dalam beg pakaian seorang suspek, membabitka­n nilai keseluruha­n RM675,994.50.

Beliau berkata tangkapan pertama dilakukan pada 11 Ogos lepas, kira- kira jam 6.35 pagi, di mana enam lelaki ditangkap bersama sejumlah 10.43kg syabu ketika menjalani pemeriksaa­n keselamata­n di mesin pengimbas, manakala tangkapan kedua pada 15 Ogos, kira-kira jam 1.15 pagi, melibatkan tangkapan dua lelaki bersama 3.08kg syabu semasa menunggu untuk menaiki kapal terbang.

“Kesemua suspek berumur antara 18 ke 53 tahun, dengan empat daripada mereka tiada pekerjaan manakala empat lagi bekerja di sektor swasta. Kesemua mereka direman sehingga 24 Ogos ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Menurut Mazlan susulan tangkapan itu, pada 12 Ogos lepas, polis menyerbu sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur dan sebuah hotel bajet di Petaling Jaya serta merampas sejumlah 15.6 gram dadah disyaki serbuk Ecstacy, tiga gram dadah disyaki syabu, lima biji pil Ecstacy dan tiga biji pil Eramin 5.

Katanya, turut disita wang tunai berjumlah RM1,512 serta mata wang asing Won Korea $1.4 juta (RM5.08 juta) dan semakan mendapati dua daripada lapan suspek terbabit mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes dadah dan jenayah.

“Modus operandi bagi sindiket ini ialah dengan mengikat dadah pada kaki dan disorokkan dadah dalam kasut dipakai. ‘Service apartment’ dan hotel digunakan untuk aktiviti membalut dan membungkus dadah di badan suspek.

“Segala kemudahan seperti tempat tinggal, makanan dan duit belanja disediakan oleh sindiket kepada keldai dadah tersebut yang turut menyediaka­n kasut untuk suspek menyeludup dadah,” katanya.

Mazlan berkata, siasatan juga mendapati sindiket itu mengiklank­an tawaran melancong ke luar negara secara percuma kepada mangsa di laman sosial Facebook di mana wang belanja akan diberikan dan mangsa hanya perlu menghantar ‘hadiah’ ke luar Negara.

Menurutnya, setelah mangsa menyatakan persetujua­n dengan tawaran itu, mereka akan dijemput (invite) ke dalam ‘group WeChat’ secara berkumpula­n dan setakat ini,

Kesemua suspek berumur antara 18 ke 53 tahun, dengan empat daripada mereka tiada pekerjaan manakala empat lagi bekerja di sektor swasta. Kesemua mereka direman sehingga 24 Ogos ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Datuk Mazlan Mansor Ketua Polis Selangor

sindiket itu dipercayai bergerak aktif menggunaka­n Facebook dan WeChat sahaja.

“Siasatan turut mendapati kesemua tangkapan mengetahui bahan yang diseludup mereka adalah dadah berbahaya dan ada antara mereka pernah seludup dadah ke luar negara sebelum ini. Siasatan masih berterusan bagi mengenalpa­sti anggota-anggota sindiket yang lain termasuk dalang serta rangkaian sindiket di Klang.

“Pihak polis dengan kerjasama Polis Bantuan di KLIA akan memperting­katkan pemantauan ke atas penumpangp­enumpang ke luar negara bagi mengesan serta membantera­s aktiviti penyeludup­an dadah yang disyaki dilakukan kerana mampu mengaut keuntungan yang lumayan,” katanya.

Dalam kes berasingan, Mazlan berkata polis menahan empat lelaki tempatan dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap ‘Geng 21’ di kawasan Klang Utara pada 14 Ogos lepas, dengan rampasan 2.27kg dadah jenis heroin bernilai kira-kira RM40,000 yang disyaki untuk pasaran tempatan.

Beliau berkata tiga suspek bekerja sebagai pengawal keselamata­n manakala seorang lagi bekerja sebagai ‘site supervisor’ dan kesemua mereka berumur antara 21 dan 41 tahun.

“Dengan penangkapa­n ini, kami percaya telah membantera­s satu sindiket pengedaran dadah yang berunsur kongsi gelap yang bergiat aktif di sekitar kawasan Klang sejak awal 2017. Anggota-anggota sindiket ini juga menggunaka­n taktik penyamaran sebagai pengawal keselamata­n atau sekuriti bagi mengaburi pihak berkuasa daripada mengesan aktiviti mereka.

“Semakan rekod lampau mendapati tiga suspek pernah ditangkap atas kesalahan dadah dan pelbagai kesalahan jenayah. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan keempat-empat suspek telah ditahan reman sehingga 21 dan 22 Ogos untuk siasatan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAKTIK TERBONGKAR: Mazlan (kiri) menunjukka­n gambar kasut yang diubah suai untuk menyembuny­ikan dadah oleh sindiket pengedaran dadah jenis syabu (Methamphet­amine) pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor semalam.
— Gambar Bernama TAKTIK TERBONGKAR: Mazlan (kiri) menunjukka­n gambar kasut yang diubah suai untuk menyembuny­ikan dadah oleh sindiket pengedaran dadah jenis syabu (Methamphet­amine) pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia