Utusan Borneo (Sarawak)

50 sumbu badak dan sembilan bangkai hidupan liar dirampas

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merampas 50 batang sumbu badak dan sembilan bangkai hidupan liar spesies karnivor yang dianggarka­n bernilai RM48.5 juta di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin lepas.

Ketua Pengarah PERHILITAN Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata susulan maklumat yang diterima daripada Jabatan Kastam di KLIA pihaknya menjalanka­n pemeriksaa­n menemui kesemua sumbu badak dan bangkai hidupan liar seberat 316 kilogram itu di dalam 10 kotak.

Menurutnya, sumbu badak dan bangkai hidupan liar itu disyaki akan dieksport ke Vietnam bagi tujuan perubatan dan setiap satu kilogram sumbu badak berkenaan dijual dengan harga AS$100,000.

“Kesemua hidupan liar ini telah dirampas dan konsainan ini dipercayai cuba dieksport keluar daripada negara ini tanpa sebarang permit yang sah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Jabatan Perhilitan, di Cheras di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menjalanka­n ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA) bagi mengenal pasti spesies haiwan karnivor yang telah dirampas.

“Siasatan bagi mengenal pasti pemilik konsainan ini masih dijalankan. Berdasarka­n siasatan awal terdapat maklumat palsu yang digunakan dalam dokumen berkaitan,“kata Abdul Kadir.

Menurutnya, Jabatan PERHILITAN juga akan berkerjasa­ma dan bertukar maklumat dengan pihak Polis Antarabang­sa (Interpol) dalam menyiasat kes ini berikutan ia melibatkan jenayah rentas sempadan.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggotanya Ahmad Tarmizi Ahmad Japli,30, yang memasuki hari kesembilan masih lagi diteruskan.

Menurutnya, sehingga kini pasukan SAR telah melakukan pencarian seluas 30 kilometer persegi dengan kekuatan 172 anggota daripada pelbagai agensi.

“Pihak jabatan juga telah membina helipad di kawasan Taman Negara bagi melancarka­n operasi SAR dan pencarian melalui udara... sehingga kini sebanyak enam pencarian melalui udara telah dijalankan,” katanya.

Pada 11 Ogos lepas, Ahmad Tarmizi dilaporkan dikhuatiri sesat ketika mengumpul data mengenai harimau di bawah program Kajian Harimau Negara di Taman Negara, Jerantut, Pahang.

Ahmad Tarmizi dilaporkan masuk ke hutan berkenaan menerusi FELDA Kecau 11, Kuala Lipis bersama empat lagi rakannya bagi menarik keluar perangkap kamera yang dipasang sebelum disedari hilang di kawasan lereng bukit kira-kira jam 4 petang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Kakitangan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menunjukka­n 50 batang disyaki sumbu badak dengan berat 116 kilogram pada sidang media khas Jabatan Perhilitan Semenanjun­g Malaysia semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Kakitangan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menunjukka­n 50 batang disyaki sumbu badak dengan berat 116 kilogram pada sidang media khas Jabatan Perhilitan Semenanjun­g Malaysia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia