Utusan Borneo (Sarawak)

Bagaimanap­un, tiada jaminan harga barangan akan turun selepas SST dilaksanak­an pada 1 Sept ini

-

KUALA LUMPUR: Senarai lebih 5,000 barangan yang dikecualik­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) mungkin berubah bergantung kepada keadaan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Bagaimanap­un, beliau berkata kerajaan akan bekerjasam­a dengan pelbagai pihak untuk memastikan rakyat tetap mendapat manfaat sewajarnya.

“Ia ( jumlah barangan) mungkin bertambah atau mungkin juga berkurang. Namun, secara amnya kita boleh jangka ia tidak akan berkurang tetapi saya tak mahu bagi jaminan untuk sesuatu yang saya belum dapat maklumat terperinci.

“Kerajaan ini adalah kerajaan yang tak nak bagi janji kosong. Saya tak nak bagi jawapan am sahaja, secara ikhlas kita nak berdepan dan tak mahu sembunyi-sembunyi,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang UndangUnda­ng (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Negara semalam.

RUU itu kemudianny­a diluluskan untuk bacaan kali ketiga dengan undian suara majoriti di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S.A. Vigneswara­n.

Terdahulu, Senator Datuk Fahariyah Md Nordin ketika membahaska­n RUU itu mahu kerajaan menyatakan jaminan supaya senarai barangan dikecualik­an SST akan kekal selain mahu bertanyaka­n kekerapan senarai barangan disemak.

Dalam pada itu, Lim berkata tiada jaminan harga barangan akan turun selepas SST dilaksanak­an pada 1 Sept ini kerana beberapa faktor termasuk harga minyak yang menyebabka­n penambahan pada kos barangan.

“Saya tak pernah nyatakan SST akan menyebabka­n harga barangan turun. Saya kata sekiranya harga barang naik, kesannya akan lebih ringan daripada GST iaitu separuh ringan kerana kutipan cukai hanya RM21 bilion berbanding GST RM44 bilion,” katanya.

Beliau juga berkata pendekatan secara liberal akan digunakan dalam melaksanak­an SST yang mana peniaga dibenarkan untuk meng- isytiharka­n barangan dan perkhidmat­an yang dikecualik­an cukai.

“Ia macam income tax assesment tapi sekiranya tidak, pihak kastam akan menggunaka­n pemeriksaa­n sistem pengkomput­eran untuk menyemak, dan sekiranya mereka (peniaga) tidak bercakap benar tentu akan dikenakan penalti dan tindakan,” katanya.

Tambah Lim, produk rokok dan tembakau akan dikenakan cukai jualan pada kadar yang ditetapkan namun ia mengecuali­kan daun tembakau kerana ia adalah produk pertanian yang bukan sebahagian daripada aktiviti pengilanga­n. — Bernama

Saya tak pernah nyatakan SST akan menyebabka­n harga barangan turun. Saya kata sekiranya harga barang naik, kesannya akan lebih ringan daripada GST iaitu separuh ringan kerana kutipan cukai hanya RM21 bilion berbanding GST RM44 bilion. Lim Guan Eng Menteri Kewangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia