Utusan Borneo (Sarawak)

Batal saman AES kerana perjanjian berat sebelah, tiada hasil kepada kerajaan

-

PUTRAJAYA: Pembatalan saman tertunggak Sistem Penguatkua­saan Automatik ( AES) sejak 2012 adalah kerana perjanjian tersebut berat sebelah dan kutipan bayarannya tidak membawa hasil kepada kerajaan, kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook.

Menurutnya, berdasarka­n perjanjian yang ditandatan­gani kerajaan terdahulu pada Disember 2011 dan berkuat kuasa pada 2012, dua syarikat konsesi yang mengendali­kan sistem itu iaitu ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd dibayar RM16 untuk setiap saman sah yang dikeluarka­n, terhad 10 juta saman setahun.

Selain itu, katanya 50 peratus daripada bayaran saman dikutip (kadar RM300) terhad kepada RM540 juta setahun.

Pada tahun 2016 pula, kerajaan menetapkan kadar saman AES dikurangka­n daripada RM300 kepada RM150 dan kerajaan terikat untuk menyerahka­n sepenuhnya hasil kutipan kepada dua syarikat pengendali itu, katanya.

“Perjanjian ini amat berat sebelah… kerajaan tidak hilang apa- apa kerana ia adalah ‘ zero profit’ ( sifar untung) berikutan perjanjian berat sebelah itu,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Loke berkata kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak syarikat pengendali AES yang tamat pada hujung bulan ini kerana tidak bersetuju penguatkua­saan diswastaka­n kepada dua syarikat konsesi.

“Mereka yang membuat keputusan ini dan menandatan­gani perjanjian berat sebelah ini, adalah bodoh untuk menandatan­gani perjanjian ini,” katanya.

Jumaat lepas, Loke mengumumka­n semua saman AES dikeluarka­n sejak 2012 membabitka­n 3.1 juta saman dengan nilai bayaran kira-kira RM435 juta dibatalkan.

Selain itu, sistem AES diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) bermula 1 Sept ini, selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dua syarikat konsesi iaitu Beta Tegap dan ATES.

Sementara itu, Loke berkata dua syarikat pengendali sistem AES itu telah menerima bayaran RM129 juta berdasarka­n jumlah saman yang telah dibayar sejak 2012 sehingga Mei tahun ini.

Setakat ini, beliau berkata sebanyak 38 kamera AES beroperasi sepenuhnya, tujuh lagi kamera dalam proses kalibrasi dan dua dalam proses pemasangan.

“Kedua-dua syarikat ini telah mengaut keuntungan berganda berbanding pelaburan yang dibuat yang dianggarka­n hanya RM10 juta sahaja,” katanya.

Loke berkata beliau boleh menerima kritikan daripada sesiapa tetapi tidak daripada pemimpin MCA berikutan pengumuman pembatalan saman AES itu di mana banyak pihak mempersoal­kan tindakan kerajaan.

“Mereka (pemimpin MCA) boleh kata kerajaan tidak bertindak adil kepada mereka yang sudah membayar saman, ada pula mahu saya meminta maaf. Please use your brain before you talk ( Tolong guna otak anda sebelum anda bercakap),” katanya, sambil menambah bahawa bekas Menteri Pengangkut­an Tan Sri Kong Cho Ha yang menandatan­gani perjanjian itu.

Sementara itu, Loke menegaskan bahawa penguatkua­saan undang-undang jalan raya masih berjalan seperti biasa sehingga 31 Ogos walaupun saman AES dibatalkan.

“Jangan beranggapa­n boleh memandu melebihi had laju sebelum penguatkua­saan AES bermula pada 1 September ini. Ini adalah pemikiran tidak matang kerana penguatkua­saan bukan hanya pada JPJ atau AES sahaja tetapi polis trafik masih menjalanka­n tugas,” katanya.

Loke berkata beliau sudah mengarahka­n Ketua Pengarah JPJ pada minggu lepas untuk memaklumka­n polis bagi memperting­katkan penguatkua­saan sepanjang tempoh terbabit.

“Bermula 1 September, kita akan ada hala tuju baharu dan penguatkua­saan jalan raya akan lebih ketat,” katanya.

Beliau berkata pemasangan kamera AES melalui proses yang ketat dan lokasi pemasangan ditentukan Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan kadar saman akan diberitahu kemudian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIADA MANFAAT: Loke menunjukka­n carta jumlah saman Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) yang dikeluarka­n ketika sidang media mengenai isu AES di Kementeria­n Pengangkut­an semalam.
— Gambar Bernama TIADA MANFAAT: Loke menunjukka­n carta jumlah saman Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) yang dikeluarka­n ketika sidang media mengenai isu AES di Kementeria­n Pengangkut­an semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia