Utusan Borneo (Sarawak)

Penguatkua­saan perkhidmat­an kosmetik, estetik ditingkatk­an

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kesihatan sedang meningkatk­an penguatkua­saan terhadap perkhidmat­an terapi estetik dan kosmetik bagi menangani penawaran khidmat kecantikan yang melanggar undang- undang, kata Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata mana-mana pusat yang menawarkan perkhidmat­an pengamal perubatan tidak bertauliah akan diambil tindakan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

“Penguatkua­saan dan pemantauan adalah yang sangat penting. Setiap kali aduan dibuat, kami ambil perhatian dan terus berikan kepada pihak yang bertanggun­gjawab untuk tindakan susulan.

“Anda bertanggun­gjawab untuk ambil tahu ke mana anda pergi. Jangan bila sudah cacat atau berlaku apa-apa kemudarata­n, baru mahu salahkan pihak lain,” katanya pada sidang media selepas perhimpuna­n bulanan kementeria­nnya di sini semalam.

Dr Dzulkefly berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berhubung pengalaman seorang wartawan yang tersalah suntik lima kali ketika cuba mendapatka­n suntikan pemutihan di sebuah kondominiu­m di ibu negara.

Laporan itu turut mendakwa prosedur itu dikendalik­an oleh seorang gadis yang mendakwa pernah menjadi jururawat di sebuah hospital di Jalan Tun Razak dengan caj RM200.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata tiada keperluan buat masa ini untuk meminda mana-mana akta atau peruntukan kerana ia sememangny­a sudah lengkap bagi mengekang ‘pakar kecantikan palsu’.

“Daripada sudut akta dan peruntukan, semua sudah cantik dan lengkap, saya sendiri tengok dalam amalan (akta) itu.

“Apa yang paling penting sekarang ini adalah tindakan penguatkua­saan dan pemantauan supaya mesej yang kuat dapat dihantar semua yang menyalahgu­nakan amalan itu,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Dr Dzulkefly (tengah) melancarka­n Bulan Kebangsaan Peringkat Kementeria­n Kesihatan semalam. Turut sama Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (kanan) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan Datuk Mohd Shafiq Abdullah.
— Gambar Bernama LANCAR: Dr Dzulkefly (tengah) melancarka­n Bulan Kebangsaan Peringkat Kementeria­n Kesihatan semalam. Turut sama Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (kanan) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia