Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar tani, agrobazaar diarah jual cili merah tempatan sahaja

-

KEPALA BATAS: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) mengarahka­n semua pasar tani dan rangkaian agrobazaar kedai rakyat di seluruh negara supaya menjual cili merah tempatan sahaja.

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata arahan itu adalah untuk melonjakka­n pasaran cili merah tempatan selain membantu pengusaha cili tempatan terutamany­a petani muda.

“Kita sekarang sedang menggalakk­an supaya rakyat kita menggunaka­n cili tempatan kita kerana dari segi kesedapan, keranggupa­n dan kesegaran cili itu ada pada cili kita kerana dikeluarka­n dari negara kita, lebih dekat dengan kita. Eloklah pengguna kita adakan kempen supaya mereka ini lebihkan makan cili tempatan.

“Mengikut tinjauan kita pada puratanya sesuatu outlet FAMA ini menggunaka­n cili hampir 200kg sebulan. Bayangkan kita dah ada 1,500 outlet maknanya penggunaan cili merah sahaja hampir 300 tan. Dengan kaedah ini pasaran untuk cili merah tempatan kita ada di sini sekali gus memberi rangsangan kepada harga di ladang,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Jualan Jimat Belanja Aidiladha Ambang Merdeka @ Agrobazaar Kedai Rakyat Penaga, di sini semalam.

Beliau berkata selain cili merah tempatan, negara luar seperti Thailand, Vietnam dan China mengekspor­t cili merah ke Malaysia.

“Bekalan cili kita ini disalurkan kepada pengguna datangnya dari berbagai-bagai sumber termasuk sumber tempatan dan luar negara. Inilah negara- negara yang banyak menghantar cili merah kepada kita. Kita sedia maklum bahawa mereka mempunyai kos pengeluara­n yang rendah dan dari segi persaingan boleh menjejaska­n cili kita,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad turut mengingatk­an para peniaga untuk meletakkan label, gred dan pembungkus­an bagi setiap produk yang dijual mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh FAMA untuk kemudahan pengguna.

Sementara itu, mengulas mengenai program Jualan Jimat Belanja Aidiladha Ambang Merdeka, beliau berkata program itu memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatka­n bekalan keperluan persediaan Hari Raya Aidiladha pada harga yang menjimatka­n.

Beliau berkata menerusi program itu pengguna dapat menikmati penjimatan lima ke 20 peratus berbanding harga pasar awam bagi pembelian barangan terpilih.

“Penjimatan ini dapat dilaksanak­an menerusi program ladang kontrak bagi sayur- sayuran dan buahbuahan, pembekalan dari jeti bagi komoditi ikan dan hasil laut serta pengimport­an barangan runcit seperti bawang, kentang dan lain-lain hasil pertanian yang tidak ditanam di dalam negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Ahmad (dua, kanan) ketika lawatan pada pelancaran Jualan Jimat Belanja Aidiladha Ambang Merdeka @ Agro Bazaar Kedai Rakyat (AKR) Penaga semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Ahmad (dua, kanan) ketika lawatan pada pelancaran Jualan Jimat Belanja Aidiladha Ambang Merdeka @ Agro Bazaar Kedai Rakyat (AKR) Penaga semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia