Utusan Borneo (Sarawak)

Skim perlindung­an kesihatan untuk B40 dilaksana pada 2019

-

PUTRAJAYA: Skim insurans kesihatan sosial untuk golongan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) akan dilaksanak­an bermula Januari tahun hadapan, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata perbincang­an mengenai skim yang komprehens­if itu memasuki peringkat akhir dan bakal diperluask­an kepada kategori lain termasuk untuk golongan isi rumah berpendapa­tan pertengaha­n (M40).

Beliau berkata kementeria­n sedang membuat perincian, penelitian dan penjelasan berhubung beberapa perkara termasuk sumber kewangan untuk membiayai skim itu sebelum dimasukkan ke dalam Bajet 2019.

Ia masih melibatkan proses perbincang­an dan penyelaras­an bersama pihak kementeria­n, Bank Negara Malaysia dan Kementeria­n Kewangan berhubung beberapa isu penting.

“Saya mahu skim ini diteliti sebaik mungkin sebelum ia dibentangk­an kepada umum,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpuna­n bulanan kementeria­nnya di sini semalam.

Dzulkefly turut menjelaska­n skim insurans kesihatan sosial itu adalah berbeza daripada pelan perlindung­an 1Care 1Malaysia yang diperkenal­kan oleh kerajaan sebelum ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye sebelum ini dilaporkan berkata skim insurans kesihatan memungkink­an kadar minimum antara RM10,000 hingga RM20,000 setahun diberi untuk setiap keluarga, merangkumi perbelanja­an perubatan dan caj rawatan apabila ditempatka­n di wad.

Dalam perkembang­an lain, Dr Dzulkefly berkata pihaknya sudah mengarahka­n Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang untuk menyiasat aduan berkaitan penggunaan bahasa Mandarin oleh doktor pakar pada sesi taklimat kepada kakitangan bawahan selepas sesi lawatan pesakit di wad sebuah hospital di negeri berkenaan.

Terdahulu, Dr Dzulkefly melancarka­n aplikasi mudah alih MyOrtho dan MyGusi bagi menyediaka­n satu platform yang mengandung­i info interaktif, kuiz dan lokasi pergigian berhampira­n.

Video kesihatan pergigian dihasilkan bertujuan bagi meningkatk­an kesedaran rawatan kanal akar bagi menyelamat­kan gigi daripada dicabut, katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan pada majlis itu.

Aplikasi itu boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple Store. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia