Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Kedah ziarah pusara Rejimen Askar Melayu Diraja

-

PORT DICKSON: Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah, yang juga Kolonel Yang DiPertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berkenan berangkat ke acara memperinga­ti pahlawan RAMD di Pusara RAMD di sini, semalam.

Turut berangkat Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddi­n dan Tunku Laksamana Kedah Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddi­n.

Keberangka­tan tiba baginda pada jam 9.05 pagi disambut oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun, Pengerusi RAMD Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima 3 Divisyen Mej Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Panglima Latihan Tentera Darat Mej Jen Datuk Wira Md Tajri Alwi serta pegawai kanan RAMD.

Acara dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa yang dipimpin Lt Kol Mohd Hamzah Adam.

Baginda kemudian merenjis air mawar dan menabur bunga rampai di pusara Allahyarha­m Pbt Ismail Sutan Jamil iaitu anggota 1 RAMD yang terkorban semasa bertempur dengan anggota Parti Komunis Malaya di Mengkuang, Pahang pada 8 September 1950.

Seterusnya, baginda menandatan­gani Buku Lawatan Diraja, sebelum mengakhiri acara dengan majlis santapan pagi di Wisma Perwira RAMD di sini bersama pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan wakil pesara RAMD.

Tanahperku­buranRAMD seluas 0.919 hektar menempatka­n 222 pusara iaitu 150 pusara awam dan 72 pusara tentera. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Sultan Sallehuddi­n (dua kiri) berkenan berangkat ke Majlis Memperinga­ti Pahlawan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sempena Hari Ulang Tahun RAMD di Pusara RAMD, semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Sultan Sallehuddi­n (dua kiri) berkenan berangkat ke Majlis Memperinga­ti Pahlawan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sempena Hari Ulang Tahun RAMD di Pusara RAMD, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia