Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia hargai pengorbana­n askar New Zealand bagi kemerdekaa­n

-

SEPANG: ‘Te Auraki Operation’ yang berakhir semalam merupakan peristiwa penting dalam hubungan pertahanan dua hala antara Malaysia dan New Zealand, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Ketika ditemui pemberita pada upacara penyerahan 27 rangka askar New Zealand di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur di sini semalam, Mohamad berkata Te Auraki yang bermakna ‘Pulang’ dalam bahasa Maori adalah operasi bernilai tinggi untuk Malaysia.

“Malaysia menghormat­i New Zealand atas sumbangan mereka kepada kemerdekaa­n Malaysia,” kata beliau.

Semasa upacara itu, Mohamad menyaksika­n majlis menandatan­gani dokumen penyerahan rasmi 27 rangka antara Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Darat New Zealand Mej Jen Peter Kelly.

Sebanyak 27 rangka yang diserahkan kepada New Zealand semalam terdiri daripada 26 askar New Zealand dan seorang ahli keluarga yang meninggal dunia di Malaysia antara 1955 hingga 1971.

Kelly dalam ucapannya memuji Malaysia kerana menjaga dengan baik perkuburan 27 askar New Zealand yang disemadika­n di Tanah Perkuburan Komanwel di kem Terendak di Melaka, Taiping dan Cheras.

“Operasi Te Auraki tidak akan berlaku tanpa sokongan dari Malaysia. Terima kasih,” kata beliau.

Kelly berkata, pada masa ini masih terdapat kubur askar-askar New Zealand di Malaysia dan keluarga mereka bersetuju untuk perkuburan itu terus kekal di negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia