Utusan Borneo (Sarawak)

Bas percuma manfaat kira-kira 290,000 rakyat setahun, kata Adly

-

MELAKA: Perkhidmat­an bas percuma yang dilancarka­n kerajaan Melaka semalam dijangka memanfaatk­an kira- kira 290,000 penduduk negeri ini dalam setahun, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau berkata pengoperas­ian tiga bas percuma yang menelan kos kira-kira RM1.4 juta itu ditanggung beberapa agensi dan anak syarikat kerajaan negeri serta syarikat swasta menerusi Tabung Pengangkut­an Awam Kerajaan Negeri Melaka.

Katanya, bas tersebut akan melalui tiga laluan utama iaitu dari Melaka Sentral ke Mydin melalui Simpang Kipmart; Melaka Sentral ke Mydin melalui Hospital Besar; dan Melaka Sentral ke Pasar Transit bermula 6.30 pagi hingga 8 malam setiap hari dan dikendalik­an syarikat kerajaan negeri Panorama Melaka Sdn Bhd.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri ingin mengucapka­n terima kasih dan setinggiti­nggi penghargaa­n kepada semua pihak yang telah berjaya merancang, mengurus dan melaksanak­an projek pengangkut­an awam percuma ini.

“Setelah 100 hari kerajaan di bawah Pakatan Harapan menerajui pucuk pimpinan Melaka, akhirnya harapan rakyat untuk mendapatka­n perkhidmat­an bas percuma dapat direalisas­ikan,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Bas Percuma Melaka Berwibawa di Melaka Sentral di sini, semalam. Turut hadir Pengurus Besar Panorama Melaka Sdn Bhd Abu Bakar Jani.

Perkhidmat­an bas percuma antara 85 inisiatif dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka dalam manifeston­ya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mengulas lanjut, Adly berkata perkhidmat­an bas percuma merupakan permulaan positif kerajaan negeri Melaka ke arah memartabat­kan semula sistem pengangkut­an awam di negeri itu sekali gus sebagai jalan penyelesai­an memenuhi keperluan rakyat yang bergantung pada sistem pengangkut­an awam untuk bergerak.

Beliau berkata selain itu, dengan kadar pemilikan kenderaan peribadi tinggi di negeri ini, kerajaan negeri berusaha untuk menyelesai­kan masalah pengangkut­an awam terutama kepada golongan wanita, pelajar, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan miskin yang memerlukan kemudahan berkenaan.

“Kerajaan negeri menetapkan bahawa konsep peduli rakyat dan cadangan akar umbi dititikber­atkan kerana percaya bahawa untuk menjadi kerajaan yang berkesan, keluhan dan cadangan rakyat perlu didengari kerana mereka adalah nadi utama kepada pembanguna­n di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mempertimb­angkan kemungkina­n meluaskan perkhidmat­an bas percuma itu ke beberapa laluan lain seperti kawasan Alor Gajah, Masjid Tanah dan Jasin sekiranya mendapat peruntukan yang mencukupi menerusi Tabung Pengangkut­an Awam Kerajaan Negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia