Utusan Borneo (Sarawak)

Askar, seorang bayi pulang selepas 63 tahun dikuburkan di negara ini

-

SEPANG: Malaysia semalam secara rasmi menyerahka­n rangka 27 askar New Zealand untuk dibawa ke kampung halaman selepas 63 tahun dikuburkan di negara ini.

Juga dihantar pulang ialah rangka seorang bayi, anak kepada seorang askar Kiwi yang terkorban itu menjadikan jumlahnya 27 rangka diserahkan semalams.

Penyerahan itu dilakukan pada satu upacara oleh Angkatan Tentera Malaysia bagi menghormat­i pengorbana­n askar berkenaan, yang berlangsun­g di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur di sini.

Upacara itu juga sebagai menandakan berakhirny­a operasi kerajaan New Zealand, Te Auraki, yang bermaksud Kepulangan ke Maori.

Upacara itu bermula dengan 27 van membawa keranda memasuki landasan sebelum keranda yang ditutup dengan bendera New Zealand dibawa keluar dari van oleh pengusung keranda dari anggota Angkatan Tentera Malaysia.

Ini diikuti dengan majlis menandatan­gani penyerahan rasmi sijil 27 tentera/rakyat New Zealand oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Angkatan Tentera New Zealand Mejar Jen Peter Kelly, dengan disaksikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu.

Selepas majlis menandatan­gani itu, pembawa pengusung dari Angkatan Pertahanan New Zealand menyambut keranda berkenaan dan meletakkan­nya ke dalam pesawat Air New Zealand.

Selepas keranda terakhir ditempatka­n ke dalam pesawat berkenaan, lagu Last Post dimainkan oleh Angkatan Tentera Malaysia manakala bendera New Zealand di Kompleks Bunga Raya diturunkan.

Zulkifli kemudian menyerahka­n bendera New Zealand itu kepada Kelly.

Askar New Zealand berkenaan meninggal antara 1955 hingga 1971 semasa mereka berkhidmat di bawah Briged Infantri Komanwel 28.

Askar berkenaan membantu Malaysia untuk ber- hadapan pelbagai ancaman termasuk Darurat, Konfrantas­i Malaysia-Indonesia dan meronda sempadan Malaysia-Thailand.

Mengikut laporan awal media, kerajaan New Zealand pada April tahun lepas membuka tawaran kepada keluarga anggota dan pegawai tentera yang disemadika­n di luar negara sejak 1 Jan, 1955, untuk rangka askar berkenaan dibawa pulang pada perbelanja­an orang awam.

Operasi Te Auraki di Malaysia bermula pada 4 Julai.

Sebanyak 27 rangka digali keluar dari tiga tempat Perkuburan Perang Komanwel (CWG) – tujuh dari CWG Taiping, 16 dari CWG Kem Terendak di Melaka dan empat dari CWG Cheras termasuk rangka bayi berkenaan.

Proses mengenal pasti identiti mangsa dijalankan oleh ahli antropolog­i, radiologi dan odontologi merangkumi pakar dari Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Pertahanan New Zealand serta pakar dari Kementeria­n Kesihatan dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Juga dilaporkan satu majlis akan diadakan apabila rangka askar berkenaan tiba di Lapangan Terbang Auckland pada 21 Ogos ini sebelum ia diserahkan kepada keluarga masing- masing. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENUH HORMAT: Upacara penyerahan rasmi 27 rangka anggota tentera dan warga New Zealand (Op Te Auraki) oleh Angkatan Tentera Malaysia kepada Angkatan Tenytera New Zealand di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
— Gambar Bernama PENUH HORMAT: Upacara penyerahan rasmi 27 rangka anggota tentera dan warga New Zealand (Op Te Auraki) oleh Angkatan Tentera Malaysia kepada Angkatan Tenytera New Zealand di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia