Utusan Borneo (Sarawak)

622 pekerja diberhenti­kan di Perak terima faedah interim SIP

-

TAIPING: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Perak telah mengeluark­an bayaran faedah interim Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sebanyak RM380,000 bagi 622 pekerja di seluruh negeri, bermula Januari hingga Jun tahun ini.

Pengarahny­a Anthony Arul Dass berkata faedah interim itu diberikan kepada pekerja yang diberhenti­kan kerja di negeri ini disebabkan penguranga­n pekerjaan oleh majikan, Skim Pemberhent­ian Sukarela (VSS), Skim Pelepasan Sepakat (MMS) penutupan perniagaan dan pengecilan operasi oleh sesebuah syarikat.

“Faedah yang diberikan itu bagi membantu mereka mencari pekerjaan baharu di samping mengurangk­an beban kepada anggota keluarga,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaia­n faedah Interim SIP yang disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting Dr Ir Muhd Fadhil Nuruddin di Dewan Orang Ra- mai Kampung Sungai Relong dekat Kamunting semalam.

Pada majlis itu, seramai 36 pekerja kilang Silverston­e Bhd di Kamunting yang telah diberhenti­kan kerja menerima faedah interim SIP berjumlah RM21,600 dengan setiap seorang pekerja menerima RM600.

Beliau turut menasihatk­an pekerja terlibat agar membuat tuntutan faedah interim SIP dalam tempoh 30 hari selepas mereka diberhenti­kan kerja.

“PERKESO akan memproses bayaran itu dalam tujuh hari dan mereka diberikan bayaran tersebut antara tiga hingga 6 bulan dan bayaran itu dihentikan setelah mereka mendapat pekerjaan baharu,” katanya.

Sehubungan itu, Anthony berkata majikan perlu membuat caruman SIP dengan kadar caruman RM7.90 iaitu 0.2 peratus syer majikan dan RM7.90 ( 0.2 peratus) syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja mengikut Seksyen 16 Akta SIP 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia